Oleh: Dr. Abd. Halim El Muhammady
Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia
PENDAHULUAN
Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam perkara Fardu Kifayah. Kepentingan tentang pembentukan negara Islam ada kaitannya dengan perlaksanaan syariah, kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa ada perlaksanaan syariah adalah wajib ke atas Muslim, maka mewujudkan negara Islam adalah suatu yang wajib.
Dalam kertas kerja ini perbincangan akan ditumpukan kepada perkara berikut; pengenalan negara Islam, sumber autoriti pembentukannya, syarat-syarat Ketua Negara Islam, pemilihan Ketua Negara, kerakyatan negara dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan Islam.
PENGENALAN NEGARA ISLAM
Istilah Negara Islam "al-dawlah Islamiah" atau "al-Hukumah al-Islamiyyah" tidak didapati penggunaannya dalam Quran. Istilah ini merupakan satu istilah baru yang mula diperkenalkan oleh Muhammad Rashid Rida dalam bukunya, "Caliphate and the Great Imamate"(1). Sungguhpun begitu dalam Al-Quraan terdapat istilah-istilah lain yang boleh menjadi asas kepada persoalan ini seperti istilah khalifah, khulafa atau khalaif (2) dan juga istilah imam (3), yang secara umumnya memberi pengertian sebagai pengganti Allah atau khalifah Allah di bumi atau kepimpinan kerohanian yang terbatas maksudnya untuk perkataan imam(4).
Selain daripada istilah-istilah di atas terdapat istilah-istilah lain lagi seperti ulu al-amr, yang bermaksud merujuk kepada pemerintah atau penguasa (6), perkataan hukum (7) atau hukkam yang bermaksud merujuk kepada penghukum adil. Antara istilah yang dipakai dalam Al-Quran yang ada kaitan dengan masalah ini ialah istilah umat (8) yang bermaksud kumpulan manusia yang bersatu berdasarkan agama dan undang-undang (9), istilah kaum (10) yang bermaksud merujuk kepada kumpulan manusia yang tunduk kepada pemimpin. Demkian juga istilah syura (11) yang bermaksud merujuk kepada perbincangan dan permesyuaratan untuk menyelesaikan masalah (12) dan jamaah (13) yang merujuk maksudnya kepada satu kumpulan yang tunduk kepada pemimpin. Kedua-dua istilah disebut dalam Hadith Rasulullah s.a.w.
Istilah-istilah yang digunakan dalam dua sumber ini terkandung di dalamnya maksud kuasa, undang-undang atau perlaksanaannya. Dengan kata-kata lain istilah-istilah ini dapat dirumuskan kepada empat perkara besar iaitu autoriti mutlak ialah Allah, manusia sebagai khalifahNya, autoriti diberikan kepada Rasulullah dan khalifah Rasulullah atau umat, hukum syariat atau perlaksanaannya.
Para ulama dalam membincangkan teori politik Islam selalunya diletakkan di bawah tajuk al- siyasah wa al- immah, al-ahkam al- sultaniyyah, al-siyasah al-shar'iyyah. Nizam al-hukm fi al-Islam atau nizam al-siyasah fi al-Islam.
Dalam tulisan ualma tradisional tidak didapati takrif negara Islam diberikan. Apa yang mereka berikan ialah ciri-cirinya seperti perbincangan mereka tentang ketua negara, syarat-syaratnya, cara pemilihannya, tugasnya dan perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan pentadbiran negara. Tetapi di masa kebelakangan ini terdapat cendekiawan Islam yang cuba memberi definisi tentang negara Islam. Maududi ada mentakrifkan negara Islam ialah negara yang kuasa mutlaknya pada Allah S.W.T. yang menentukan syariatnya dan syariat itu dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia sebuah negara yang bercorak theo-democracy yang tergabung di dalamnya autoriti mutlak pada Allah dan penyerahan autoriti yang terbatas kepada manusia dalam perlaksanaan urusan negara yang diakui oleh syarak.(14)
Ayatullah Khomeini pula mentakrifkan bahawa negara Islam tidak ada sebarang persamaan dengan mana-mana sistem kerajaan yang ada. Negara Islam bukanlah autokratik dan tidak menjadikan ketuanya berkuasa penuh sehingga membolehkannya membuat sesuka hati terhadap nyawa dan harta benda orang.
Sesebuah negara Islam bebas daripada dispotisme. Ia adalah negara berpelembagaan yang ditafsirkan oleh Parlimen atau badan-badan perwakilan awam. Negara Islam ialah negara berpelembagaan yang ditafsirkan oleh Parlimen atau badan-badan perwakilan awam. Negara Islam ialah negara berpelembagaan dalam ertikata bahawa sesiapa bertanggungjawab mengendalikannya terikat kepada undang-undang dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-sunnah (15).
Abu Zahrah dalam membincangkan konsep negara Islam dan bukan Islam membawa beberapa pandangan ulama yang terkenal antaranya pandangan Abu Hanifah yang berpendapat bahawa negara bukan Islam ialah ada tiga syarat iaitu:
1. Hukum bukan Islam dilaksanakan di negeri tersebut seperti amalan riba, arak, judi dan babi.
2. Negeri itu tidak ada perhubungan langsung dengan orang Islam. Malah disegi geografinya terhalang daripada negara Islam. Kalau kawasan bukan Islam itu ada hubungan dan dikelilingi oleh kawasan Islam ia bukannya Dar-al-harb.
3. Tidak ada di sana seorang Islam pun atau dhimmi yang boleh hidup dalam keamanan sebagaimana keamanan muslim awal dengan pengikut-pengikutnya.
Berdasarkan ini bagi Abu Hanifah berpendapat negara Islam ialah negara yang melaksanakan hukum Islam atau orang Islam atau dhimmi berada dibawah pemerintahan Islam atau pemerintah Islam. Abu Yusuf, Muhammad dan setengah fuqaha lain berpendapat bahawa penentuan negara sama ada negara Islam atau tidak ialah terletak kepada perlaksanaan hukum Islam, jika hukum Islam dilaksanakan maka ia negara Islam dan jika tidak ia bukan negara Islam. Alasan mereka ialah hakikat pembentukan negara ialah daripada asas Islam dan kufur; dinamakan negara Islam jika hukum dan sistem Islam berkuatkuasa dan dinamakan negara bukan Islam jika hukum dan sistem bukan Islam dilaksanakan.(16)
Berdasarkan huraian di atas Abu Zahrah membuat kesimpulan bahawa pentafsiran fuqaha tentang negara Islam dan bukan Islam terdapat dua pandangan iaitu:
1. Pandangan pertama negara Islam diasaskan kepada perjalanan dan perlaksanaan
hukum Islam dan sistemnya, kalau tidak ianya bukan negara Islam.
2. Pandangan kedua ialah diasaskan kepada keadaan keamanan Muslim dan kawasannya. Kalau orang Muslim mendapat keamanan sebagaimana keamanan negara Islam awal maka ia adalah negara Islam.
Berdasarkan pendapat kedua dalam menentukan negara Islam adalah berasaskan unsur majoriti bilangan Muslim, jika unsur ini ada maka negara itu ialah negara Islam, sekalipun undang-undang dan sistem Islam tidak terlaksana.
Abu Zahrah lebih cenderung kepada pendapat Abu Hanifah dan ulama yang sependapat dengannya. Beliau menganggap semua negara yang penduduk Muslim lebih banyak adalah negara Islam sekalipun undang-undang Islam tidak dilaksanakan, tetapi beliau mengharapkan bahawa hukum Al-Quran dan Al-Sunnah supaya lahir di seluruh negara Islam supaya negara Islam itu sempurna mengikut pendapat ijmak bukan mengikut pendapat seorang fakih sahaja sekalipun ia seorang yang hebat.
Berdasarkan pandangan Abu Hanifah beliau mengakui bahawa negara Islam merangkumi kawasan daripada Maghribi sebelah barat sehingga Turkistan dan Pakistan di timur(11).
SUMBER AUTORITI PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM:
Al-Quran tidak menyebut secara langsung tentang pembentukan negara Islam. Sungguhpun begitu ulama cuba memahami ayat-ayat yang ada kaitan dengan persoalan ini seperti kekuasaan Allah, undang-undang, nubuwwah, ketaatan, khalifah, umat dan sebagainya dijadikan asas teori kepada pembentukan negara Islam(18).
Kebanyakan ulama dalam membincangkan teori pembentukan negara Islam ini sumbernya diambil daripada Hadith dan sirah Rasulullah s.a.w. serta sirah para khulafa al-Rashidun(19).
Keperluan kepada Ketua Negara Islam adalah suatu yang tidak dapat dinafikan dan Mawardi ada menjelaskan ini katanya, Ketua Negara (Imamah) digelar sebagai Kahlifah Rasulullah dalam urusan agama dan urusan dunia, pemilihan orang yang akan menjalankan tugas ini adalah wajib mengikut ijmak kecuali pendapat Asam(20).
Ibn Hazm berkata bahawa sepakat di kalangan semua ulama ahlul-Sunnah, Murjiah, Syiah dan Khawarij tentang wajib diadakan pemimpin negara. Umat wajib mematuhi imam yang adil yang berupaya menegakkan hukum-hukum Allah dan memerintah berdasarkan hukum-hukum syarak yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Al-Quran dan al-Sunnah menegaskan tentang wajib kepada pemilihan ketua negara, antaranya firman Allah s.w.t. bermaksud: "Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul serta pemimpin-pemimpin urusan kamu", demikian juga hadis-hadis sahih banyak yang memerintah supaya taat kepada ketua negara(22).
Berdasarkan kepada nas-nas dan huraian-huraian yang diberikan oleh ulama menunjukkan bahawa keperluan kepada ketua negara dan pemilihannya adalah merupakan satu tuntutan hukum yang mesti dilaksanakan oleh umat.
SYARAT KELAYAKAN KETUA NEGARA ISLAM:
Ketua Negara Islam dipanggil dengan berbagai gelaran seperti Khalifah Amir al-Mukminin dan Imam.
Para ulama ada menentukan beberapa syarat untuk melayakkan seseorang memegang jawatan ketua negara. Syarat-syarat itu ada yang disepakati oleh mereka dan ada pula syarat yang mereka tidak sepakati pendapat. Syarat-syarat itu ialah:
1. Keupayaan jasmani; seseorang itu mestilah sempurna pancaindera dan selamat anggota badannya, tidak ada sebarang kecacatan yang boleh menghalang tugasnya sebagai ketua negara iaitu kecacatan seperti gila, buta, pekak, tuli, hilang dua tangan, dua kaki atau dua biji kemaluan(23).
2. Kelayakan undang-undang sempurna iaitu ia seseorang memenuhi syarat-syarat berikut:
a. Seseorang Islam; kerana tugas utama ketua negara ialah untuk melaksanakan syariat. Tugas ini hanya dapar dilakukan oleh ketua negara Muslim.
b. Merdeka; iaitu dia bukannya hamba, kerana hamba tidak mempunyai kelayakan undang-undang.
c. Seorang lelaki; Ijmak ulama berpendapat bahawa jawatan khalifah hanya sah dipegang oleh lelaki, kerana jawatan ini disegi beban tugasnya tidak sesuai dengan keadaan kaum wanita.
d. Cukup umur; iaitu dia seorang Mukallaf yang terikat dengan kewajipan hukum syarak (taklif), bukannya kanak-kanak yang tidak terikat dengan kewajipan hukum syarak.
3. Kelayakan ilmiah; iaitu kelayakan dalam bidang ilmu yang sampai ke tahap mampu berijtihad. Mengikut kenyataan Ibn Khaldun bahawa khalifah ialah orang yang melaksanakan hukum Allah. Dia dapat melaksanakannya bila dia mengetahui dan tidak mungkin dapat dilaksanakannya bagi orang yang tidak mengetahui. Untuk itu dia hendaklah seorang yang mujtahid bukannya seorang muqallid. Kerana sifat taqlid adalah suatu kecacatan, sedangkan jawatan ketua negara memerlukan kesempurnaan dalam semua hal(24).
4. Adil; iaitu seorang yang tinggi budi pekerti dan akhlaknya yang merangkumi ciri taqwa dan warak. Mawardi berpendapat bahawa adil disini ialah dia seorang yang bercakap benar, amanah pada zahirnya, bersih diri daripada perkara haram dan daripada perkara dosa, juga bersih daripada perkara yang meragukan, sentiasa tenang dan keadaan biasa dan dalam keadaan marah, kualiti maruahnya dihayati dalam urusan agama dan dunia(25).
5. Menguasai ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran. Ibn Khaldun dalam memberi penjelasan dalam syarat ini berpendapat bahawa ketua negara (Imam) hendaklah menegakkan hukum Allah (hudud), mahir dalam peperangan, dapat memimpin di medan perang, megetahui tentang kekuatan dan kelemahannya, tegas dalam membuat keputusan politik. Maka dengan ini semua dapat dia menjaga agama, berjihad menentang musuh, menegakkan syariat dan mentadbir untuk maslahat umat(26). Mawardi pula menjelaskan syarat ini dengan kenyataan bahawa ketua negara (Imam) hendakalah mempunyai pemikiran yang tajam untuk menjaga siasah umat, pentadbiran yang menjamin kemaslahatannya, berani, berupaya mempertahankan negara dan berjihad menentang musuh(27).
6. Keturunan Quraisy; Syarat ini diterima secara ijma' oleh jumhur ulama. Seseorang yang dipilih untuk menjadi ketua negara mestilah dari keturunan Quraisy, kerana syarat ini telah disetujui secara ijma' oleh sahabat dalam pemilihan Abu Bakar sebagai Khalifah di Saqifah.
Enam syarat yang disebutkan di atas adalah syarat yang disepakati oleh jumhur ulama, tetapi memandangkan kepada perkembangan yang berlaku dalam sejarah politik umat Islam dirasakan oleh sebahagian ulama ada syarat-syarat yang tidak boleh diterima sepenuhnya kerana keadaan dan suasana masyrakaat Islam telah berubah. Antara syarat itu ialah syarat keturunan Quraisy. Syarat ini telah ditolak oleh golongan Khawarij. Ibn Khaldun dalam memberikan pandangan tentang syarat ini berkata bahawa syarat ini dapat diterima selama kekuatan ada pada golongan Quraisy yang berupaya mengikat dan menyatukan umat (Asabiyyah wa al-Ghalab). Kita mengetahui bahawa perkara ini Allah tidak menetapkan kepada generasi tertentu dan umat tertentu. Oleh itu orang yang disyaratkan untuk memimpin dan mentadbir urusan umat ialah orang yang mempunyai kekuatan dan keupayaan menguasai orang lain pada zamannya dan mereka itu tunduk kepadanya dan bersatu dengan pengawalan dan penjagaannya(28).
Selain daripada syarat keturunan Quraisy, syarat kelayakan ilmu sampai ke tahap ijtihad juga diperbahaskan. Syarat ini dirasakan tidak mudah untuk dicapai. Justeru itu terdapat di kalangan ulama yang berpendapat seorang ketua negara tidak semestinya mampu berijtihad tetapi hendaklah dibantu oleh seorang yang mempunyai kelayakan ilmu sampai ke tahap ijtihad untuk menyelesaikan keperluan dan perlaksanaan hukum Allah(29).
PEMILIHAN KETUA NEGARA:
Golongan Ahlul-Sunnah dan jumhur ulama berpendapat bahawa ketua negara hendaklah dipilih secara pilihanraya. Pada pendapat mereka pemilihan Khalifah merupakan ikatan kontrak di antara Khalifah dan umat. Justeru itu istilah yang dipakai dalam kontrak ini "Bai'ah"(30). Berdasarkan ini, kedaulatan Khalifah adalah didapati daripada umat, umat merupakan sumber kekuasaan yang sebenar dan ikatan di antara umat dengan ketua negara adalah ikatan "Kontrak Sosial"(31). Abdul Wahab Khallaf ada menjelaskan tentang kedudukan Khalifah dalam Islam, bahawa ketua negara dalam pemerintahan Islam adalah kedudukannya sama dengan pemerintahan negara-negara yang berpelembagaan kerana Khalifah mendapat kuasa kedaulatannya daripada umat yang diwakilkan kepada "Ahlul-Hal wa al-Aqd". Kedauatan itu kekal bergantung kepada kepercayaan mereka dan keupayannya dalam pemerintahan untuk menjaga kemaslahatan umat. Justeru itu ulama menetapkan bahawa umat boleh melucutkan Khalifah daripada jawatannya dengan sebab-sebab tertentu, kalau pemecatan itu boleh membawa fitnah kepada umat, maka ketika itu hendaklah dilihat mana yang lebih ringan mudaratnya(32).
Dalam pemilihan khalifah, terlibat di dalamnya tiga golongan manusia:
1. Calon Khalifah yang mencukupi syarat.
2. Anggota pemilih yang dipanggil oleh Mawardi "Ahlul-Hal wa al-aqd".
3. Orang awam Muslim(33).
CALON KHALIFAH
Syarat bagi calon Khalifah telahpun dibincang sebelumnya.
SYARAT ANGGOTA PEMILIHAN DAN TUGASNYA:
Anggota "Ahlul-Hal wa al-Aqd" perlu memenuhi beberapa syarat untuk melayakkannya memilih ketua negara supaya pemilihannya tepat. Mengikut penjelasan Mawardi mereka perlu memenuhi tiga syarat iaitu:
1. Adil. Sifat adil yang dikehendaki di sini ialah sebagaimana sifat adil yang
diperlukan pada Khalifah.
2. Berilmu iaitu ilmu yang membolehkannya untuk menilai calon yang layak untuk memegang jawatan ketua negara dengan mengambil kira syarat-syarat yang diperlukan.
3. Kecekapan dan kebijaksanaan dalam memilih calon yang layak dan memilih yang lebih baik, lebih berpengetahuan untuk kebaikan dan kemaslahatan umat(34).
Tugas mereka ialah memilih dan menentukan calon yang layak untuk jawatan itu. Apabila mereka bermesyuarat untuk memilih calon hendaklah meneliti syarat-syarat yang ada pada calon dan memilih serta memberi persetujuan terhadap calon yang lebih baik dan lebih lengkap syarat-syaratnya.
Bilangan anggota "Ahlul-Hal wa al-Aqd", ulama tidak sepakat. Pendapat Mawardi menjelaskan bahawa ulama tidak sepakat pendapat tentang bilangan anggota yang memilih ketua negara (Imam); ada terdapat beberapa pendapat; ada golongan yang berpendapat bahawa tidak sah calon ketua negara melainkan pemilihnya dipersetujui oleh semua anggota ƒAhl al-Hal wa al-Aqd≈ dari setiap negeri supaya persetujuan itu berlaku secara menyeluruh dan penyerahan kuasa kepadanya secara ijmak. Pendapat ini bercanggah dengan apa yang berlaku dalam
pemilihan Khalifah Abu Bakr. Dia telah dipilih oleh anggota yang hadir sahaja dan mereka tidak menunggu anggota yang lain lagi. Ada pendapat yang mengatakan sekurang-kurangnya bilangan anggota yang memilih ialah lima orang yang semuanya sepakat membuat pemilihan atau seorang sahaja yang membuat pemilihan dan anggota yang lain bersetuju dengan pemilihannya.
Pendapat ini bersandarkan kepada dua alasan; pertama cara pemilihan Abu Bakr yang dilakukan oleh lima orang kemudian diikuti oleh orang lain seperti Umar al-Khattab, Abu Ubaidah al-Jarrah, Asid Hudair, Bashir Sa'ad, Salim Maula, Abu Huzaifah. Kedua Umar melantik enam orang anggota syura supaya seorang daripada mereka memilih untuk jawatan Khalifah dengan persetujuan dengan lima anggota yang lain. Pendapat ini dipersetujui oleh kebanyakan fuqaha dan mutakallimin daripada ulama Basrah. Ada pendapat lain daripada ulama Kufah memadai pemilihan dilakukan oleh tiga orang anggota sahaja dengan seorang memilih dan dipersetujui dengan dua orang yang lain. Mereka dianggap sebagai seorang Hakim dan dua orang saksi, sebagaimana sah aqad nikah dengan seorang wali dan dua orang saksi.
Ada pendapat lain pula yang menyatakan bahawa sah pemilihan itu dibuat seorang anggota sahaja. Ini berdasarkan kepada Abbas yang berkata kepada Ali: ƒhulurkan tangan engkau aku memberi kesetiaan kepada angkau≈. Orang berkata, ƒBapa saudara Rasulullah memberi kesetiaan kepada anak saudaranya, maka jangan kamu mempertikaikan keduanya. Itu adalah hukum dan ia adalah sah≈(35).
Sah dengan pemilihan seorang anggota bukan bermakna calon yang dipilih telah sah menjadi ketua negara. Apa yang berlaku dalam pemilihan Abu Bakr kalau pencalonan Umar tidak dipersetujui oleh pihak lain, kelompok kaum akan bertelagah dan tidak dapat ditentukan mana satu golongan yang kuat dan mana pula yang lemah.
Justeru itu ikatan Imamah tidak akan berlaku, sedangkan syarat utama ikatan itu ialah perlu adanya kekuatan ƒShaukah≈, kesatuan hati, kesepakatan zahir dan batin untuk itu, kerana tujuan tuntutan mewujudkan Imam ialah untuk menyatukan umat ketika berlakunya pertentangan kerana dorongan nafsu. Kuasa tidak dapat ditegakkan tanpa persetujuan majoriti yang diambil kira pada setiap zaman(36).
MASYARAKAT AWAM
Pemilihan ketua negara tidak terhenti setakat pemilihan anggota ƒAhl al-Hal wa al-Aqd≈, tetapi ia memerlukan proses persetujuan rakyat umum terhadap calon yang telah dipilih oleh anggota ƒAhl al-Hal wa al-Aqd≈. Persetujuan majoriti umat ini dilakukan secara terbuka sebagaimana yang berlaku pada pemilihan ini seorang calon ketua negara disahkan menjadi ketua negara Islam.
PENYERAHAN KUASA DARIPADA KHALIFAH KEPADA PENGGANTINYA
Pemilihan ketua negara Islam mengikut proses pilihanraya tidak selamanya berlaku, tetapi terdapat Khalifah menyerahkan kuasanya kepada penggantinya sebelum dia meninggal. Sebilangan besar di kalangan fuqaha« menerimany sebagai sah. Mawardi ada menjelaskan tentang ini katanya, ƒAdapun menyerah kuasa Imamah kepada orang tertentu yang dipilihnya, mengikut ijmak adalah sah kerana ada dua alasan; pertama Abu Bakr menyerahkan kuasa kepada Umar dan umat Islam menerima penyerahan itu sebagai sah. Kedua, Umar menyerahkan kuasa kepada anggota ahli syura, mereka menerimanya dan mereka adalah orang yang penting ketika itu dengan berkeyakinan bahawa penyerahan itu adalah sah, sedangkan sebahagian sahabat yang lain tidak termasuk anggota ahli syura. Justeru itu penyerahan kuasa demikian dikira sebagai ijmak(38).
Penyerahan kuasa ada juga berlaku dalam pemerintahan Islam dalam warisan apabila negara Islam menerima system beraja dalam pemerintahannya. Pemindahan kuasa secara warisan ini juga diterima oleh ulama sebagai sah. Demikan juga jika kuasa pemerintahan itu dipegang oleh orang yang kuat dan mengisytiharkan dirinya sebagai ketua negara, mengikut Abu Ya«ala al-Fara adalah sah dan meletakkan keadaan ini sebagai satu suasana dharurah yang mengharuskan membuat perkara yang dilarang(39).
Imam Ghazali juga ada memberi pandangan tentang ini. Beliau berpendapat bahawa apabila syarat-syarat yang diperlukan untuk kelayakan seorang menjadi ketua tidak dapat dipenuhi dan kuasa itu dipegang oleh seorang yang mempunyai kekuatan (shaukah) dan fasik, sesiapa yang melantiknya maka pemarintahannya sah sebagaimana sahnya pemerintahan orang yang zalim (bughat)(40).
KERAKYATAN NEGARA ISLAM:
Kerakyatan negara Islam diasaskan di atas dua asas; pertama kepercayaan agama dan kedua ialah ikatan perjanjian kemasyarakatan di mana seseorang itu berada. Kerakyatan bagi Muslim ialah kerana kepercayaan agama dan bagi bukan Muslim kerakyatannya melalui ikatan perjanjian kemasyarakatan yang dipanggil ƒAqd al-Dhimmah≈. Dengan perjanjian ini mereka menjadi rakyat negara Islam seperti Muslim yang mendapat hak dan menanggung tanggungjawab.
Adapun golongan bukan Islam yang dating ke negara Islam untuk mendapat perlindungan maka mereka diletakkan di bawah perjanjian khas yang dipanggil ƒAdq al-Musta«min≈. Dengan perjanjian ini mereka diberi perlindungan dan mereka hidup mengikut ajaran agamanya(41).
Golongan bukan Islam yang mendapat taraf kerakyatan diberi kebebasan bersuara dan memberi pendapat, bebas beragama, boleh melakukan ibadat di rumah mereka dan menghayati syiar agamanya. Mereka boleh mengikut ajaran agamanya dalam bidang muamalat dan acara selama mereka tidak membawa masalah pertikaiannya kepada pihak Islam. Pemerintahan Islam berkewajipan melindungi mereka di segi nyawa dan harta daripada pencerobohan. Kalau mereka diceroboh, hukuman qisas dikenakan ke atas penjenayah, dibayar ganti rugi kepadanya jika berlaku pembunuhan. Jika jenayah melibatkan harta dibayar ganti rugi atau dipulangkan jika masih ada. Pemerintahan Islam juga berkewajipan melindungi mereka daripada serangan luar. Mereka berhak mendapat tempat tinggal, hak bermaustatin, hak berpindah dalam negara Islam selain daripada Mekkah dan Semenanjung Tanah Arab secara amnya. Perempuan mereka dibenarkan berkahwin dengan lelaki Muslim dan sembelihan mereka harus dimakan jika mereka daripada golongan Ahl al-Kitab. Mereka boleh mewarisi harta di antara mereka dan saksi mereka diterima dalam keadaam darurah dan mereka dikenakan hukuman jenayah Islam. Mereka diminta supaya menjaga kedudukan masyarakat Islam supaya tidak terganggu, menjaga keamanan dalam negeri dan daripada gangguan pihak luar. Mereka tidak dibenarkan memperdaya Muslim supaya menganut agama mereka atau menghalang kafir dhimmi daripada menganut Islam. Mereka ditegah daripada mendedahkan perbuatan mungkar dalam semua bentuknya, atau membina rumah ibadat lain daripada tempat yang dipersetujuinya(42).
Golongan kafir dhimmi ini merangkumi penganut Yahudi, Kristian dan Majusi. Demikian juga kaum musyrik selain daripada musyrik Arab. Ibn al-Qaiyyum dalam mengulas pandanagn mereka yang berpendapat bahawa orang musyrik termasuk dalam golongan kafirdhimmi katanya, Hukum tentang Ahl al-Kitab diambil daripada al-Qur«an dan hokum tentang semua golongan kafir diambil daripada Sunnah. Rasulullah mengambil Jizyah daripada orang Majusi yang menyembah api, dari sudut ini (kepercayaan) mereka tidak ada beza dengan golongan musyrik yang lain(43).
PRINSIP-PRINSIP NEGARA ISLAM
Negara islam ditegakkan di atas empat prinsip yang penting
1. Prinsip Syura
2. Prinsip Keadilan
3. Kebebasan
4. Persamaan
1. Prinsip Syura
Asas kepada prinsip syura ini ialah firman Allah s.w.t. Maksudnya: "Bermesyuaratlah dengan mereka dalam satu-satu urusan"(44) dan firmanNya yang bermaksud, "Dan urusan mereka hendaklah bermesyuarat di antara mereka"(45).
Ayat-ayat ini memerintahkan supaya bermesyuarat dalam perkara yang melibatakan urusan orang-orang Muslaim. Dalam amalan Rasulullah s.a.w, prinsip ini adalah dijalankan, baginda bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya dalam urusan-urusan kepentingan umat dan negara seperti dalam peristiwa peperangan Badar(46) dan Uhud(47). Demikian juga amalan para sahabat-sahabat, banginda Abu Bakar bermesyuarat untuk mengambil tindakan ke atas orang-orang murtad(48), Saidina Umar bermesyuarat untuk menyelesaikan tanah rampasan perang≈.
Mereka juga bermesyuarat untuk mengambil tindakan mengumpul(49) dan menyalin menyusun al Qur«an(50).
Jadi, amalan prinsip syura ini adalah lumrah dalam pimpinan Islam dalam segenap peringkatnya.
2. Prinsip Keadilan(Justice)
Keadilan yang dimaksudkan di sini,ialah keadilan mutlak yang digariskan oleh Islam yang mengatasi segala kepentingan peribadi,keluarga,kelompok dan sebagainya,sekalipun terhadap musuh dan terhadap golongan non-muslim. Allah berfirman maksudnya,≈Apabila kamu memberi saksi hendaklah dengan adil sekalipun hal itu mengenai keluarga.Janji Tuahn hendaklah kamu patuhi. Itulah yang dipertingkatkan kepada kamu,mudah-mudahan kamu ingat≈(52). Rasullah s.a.w. bersabda maksudnya,≈Siapa yang menyakiti Dhimmi akulah musuhnya≈(53). Maka prinsip keadilan ini menjadi asas dalam amalan pemerintahan Islam yang melibatkan seluruh golongan dalam masyarakat.
3. Kebebasan
Prinsip kebebasan juga menjadi asas amalan dalam pemerintahan Islam. Kebebasan itu diberikan kepada rakyat yang tunduk dibawah pemerintahan Islam sama ada dari golongan Muslim atau bukan Muslim. Oleh sebab manusia diberi hak kebebasan memilih maka hal ini perlu diberikan kepada semua individu. Islam memberi kebebasan beragama, kebebasan dalam memiliki harta, kebebasan bergerak dan berpindah(54). Kebebasan bercakap dan memberi pendapat hendaklah dalam ruang yang tidak mencabuli kepentingan undang-undang syara« dan ketenteraman kehidupan masyarakat yang menjadi asas kepada undang-undang negara. Kalau
pendapat itu tidak lagi diberi peluang,kerana itu akan menjejaskan autoriti dan masyarakat Islam. Kebebasan itu adalah dengan falsafah negara, system politik dan perundangannya. Lantaran itu mereka yang murtad dalam negara Islam dianggap sebagai pengkhianat (treason).
4. Persamaan
Prinsip persamaan ini ialah setiap kaum adalah sama sebagai rakyat di antara satu sam lain dalam hak,kebebasan dan tanggungjawab di hadapan undng-undang.Islam dalam melaksanakan prinsip ini secara umumnya berlaku dalam kehidupan rakyat negara Islam tetapi dalam beberapa hal ada perbezaaannya di antara rakyat yang mendokong negara dan rakyat yang tidak mendokong ideology negara tetapi patuh kepada pimpinan negara.Prinsip equality ini diterima oleh Islam dalam konteks penyelarasan dalam perhubungan manusia secara umum. Allah berfirman maksudnya, ƒHai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu dari golongan lelaki dan perempuan.Kami jadikan kamu dari berbagai bangsa dan suku kaum,supaya kamu
dari berkenalan,sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu disisi Tuhan ialah bertaqwa≈(55). Manusia tidak ada bezanya di antara satu dengan yang lain dalam penilaian Allah di segi keturunan,warna kulit,bahasa dan kebudayaan,tapi perbezaan itu terletak kepada ketaqwaannya.
Rasullah s.a.w. bersabda maksudnya, "Kamu semua dari Adam dan Adam dari tanah,tidak ada perbezaan di antara orang Arab dengan orang bukan Arab kecuali dengan taqwa≈(56). Berdasarkan prinsip inilah Rasulullah s.a.w.menegaskan dalm perlaksanaan undang-undang dalm sabdanya yang bermaksudnya, "Demi Allah sekiranya Fatimah mencuri aku potong tangannya≈(57).
Dan nabi pernah melaksanakan hokum rejam kerana kesalahan berzina ke atas Muslim dan non-Muslim(58).
MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM
Berdasarkan kepada pandangan Muhamad Abu Zahrah yang meletakkan cirri Islam berasaskan kepada majoriti penduduk Muslim dan keamanan, maka Malaysia juga merupakan sebuah negara Islam bukan sahaja dilihat di segi pendudukan majoriti Muslim dan keamanan, tetapi juga dilihat daripada pengalaman sejarah, kedudukan undang-undangnya serta pemimpin negara Muslim.
PENGHAYATAN ISLAM DI ZAMAN KESULITAN MELAYU
Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan pilitik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.
PENGHAYATAN ISLAM BERTERUSAN BERLAKU DI ZAMAN PENJAJAHAN
Proses Islamisasi Undang-undang & Sosio-Budaya dan Politik tergugat dengan kedatangan penjajah British, tetapi tidak banyak terjejas di zaman Portugis dan Belanda. Di zaman penjajahan British peranan Undang-undang Islam diperkecilkan bidang perlaksanaannya & golongan yang terlibat dengan Undang-undang Islam, iaitu hanya untuk orang-orang Islam dan bidangnya hanya bidang undang-undang diri dan kekeluargaan. Sesungguhnya begitu, kita dapati dalam bidang-bidang yang lain, seperti pendidikan agama, kehidupan keagamaan dan kehidupan individu dan keluarga serta masyarakat masih diberi ruang untuk dihayati dan tidak diganggu-gugat. Justeru itulah kita dapati perkembangan Islam dan penghayatannya masih dapat dipertahankan.
PENGHAYATAN ISLAM DI ZAMAN KEMERDEKAAN
Kemerdekaan Malaysia yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah usaha daripada UMNO, yang dipimpin oleh Tungku Abdul Rahman. UMNO cuba menunjukkan kekuatannya kepada pihak berkuasa British dengan menggabungkan parti China (MCA) dan parti India (MIC) dalam gagasan ƒPerikatan≈, dengan mengekalkan identity parti masing-masing dalam perkara-perkara tertentu.
Berasaskan perikatan ini didapati penyarikatan kuasa politik berlaku antara etnik China, India dan Melayu, tetapi walau bagaimanapun UMNO masih merupakan kuasa politik dominan dalam pemerintahan. Sejak daripada tahun 1957 sehingga kini kedominan parti UMNO dapat dipertahankan dalam menguasai pemerintahan negara. Sungguhpun UMNO sebuah parti secular, pendukung-pendukungnya adalah dari golongan Melayu Muslim yang masih sensitif kepada Islam kerana adanya sensitivity ini didapati kedudukan Islam dan orang Melayu Islam ada keistimewaan-keistimewaan tertentu dan begitu juga intitusi-intitusi Islam di peringkat negeri dan pusat masih diberi kedudukannya yang tersendiri.
Sejak daripada tercapainya kemerdekaan, perhatian kepada pembangunan masyarakat Islam terus berlaku dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial. Cuma yang agak tersekat dalam proses Islamisasi ialah bidang undang-undang yang disegi kenyataannya untuk dibuat perubahan secara menyeluruh terhalang disebabkan beberapa peruntukan yang ditinggalkan oleh penjajah dalam perlembagaan, Undang-undang Federal dan Pusat.
Undang-undang yang agak ketara percanggahannya adalah di bidang jenayah hudud, adapun di bidang jenayah membunuh & mencederakan sebahagian daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak beza dengan Islam, demikian juga dalam hukum ta'zir kesalahan-kesalahan maksiat. Selain daripada itu dalam muamalat hanya unsure riba yang ketara bercanggah dengan Islam, tetapi dalam bahagian yang lain tidak banyak percanggahannya. Dalam bidang kekeluargaan didapati sepenuhnya undang-undang Islam dilaksanakan, kecuali negeri yang masih berpegang, kepada adat perpatih.
Dalam proses meneruskan Islamisasi di bidang undang-undang didapati peruntukan-peruntukan khas diwujudkan untuk kepentingan Islam dan masyarakat Islam seperti Akta Bank Islam, Akta Takaful, Falsafah Pendidikan Negara, Akta Universiti Antarabangsa, Akta Kooperasidan sebagainya. Melihat kepada perkembangan ini ternyata proses Islamisasi berterusan berjalan dengan adanya ruang peruntukan dalam Undang-undang Negeri & Persekutuan, Cuma yang perlu diusahakan ialah bahagian-bahagian tertentu dalam Undang-undang Federal, Perlembagaan dan undang-undang Negeri yang menghalang perlaksanaan Islam yang menyeluruh perlu dipinda.
SISTEM DEMOKRASI & PENGHAYATAN ISLAM
Selepas merdeka kita didedahkan dengan system demokrasi berparlimen, yang ditaja oleh penjajah British sebelum Malaysia diberi kemerdekaan. Untuk melaksanakan sistem demokrasi dalam pemerintahan maka parti politik ditubuhkan. Dalam system berparti ini terdapat peruntukan untuk parti pemerintah & parti pembakang. Dilihat dari sudut Islam sistem demokrasi ini dapat diterima dari satu sudut iaitu memberi suara kepada rakyat memilih pemimpin mereka secara bebas dan terbuka tetapi yang tidak cocok dengan Islam ialah ia membelah umat berterusan kepada dua kelompok, kelompok pemerintah dan kelompok pembangkang yang menentang pemerintah dalam ruang terbatas. Sedangkan dalam Islam mengajak kepada kesatuan umat dan mendekatkan jurang pemisahan di antara kelompok, bukan meluaskan jurang.
Walau bagaimanapun kenyataan ini wujud di hadapan kita dan kita terpaksa menerima sistem ini dengan dibuat perhitungan bahawa sistem ini bukan suatu kebenaran mutlak dan ia adalah tajaan penjajah yang masih meneruskan polisinya "divide & rule". Dalam percaturan politik yang berlaku sekarang ini orang Melayu Muslim masih mengusai kuasa politik negara di peringkat pusat dan negeri, golongan lain dalam ikatan barisan masih berada di bawah kawalan kerajaan kecuali beberapa buah negeri seperti Sabah & Kelantan yang dikuasai pembangkang.
Kalau diambil asas yang masakini iaitu kuasa politik Melayu Muslim masih ada sebagai titik tolak untuk menyatukan Kelompok Islam, dengan mengambil kira Islam sebagai asas dalam penyelesaian kuasa politik dan cuba menjauhkan titik-titik perbezaan serta mencari titik-titik persamaan yang membina, maka dirasakan ini lebih bermanfaat untuk kekuatan masa depan politik orang Islam. Kalau tidak kita berterusan menjadi alat idea penjajah ƒdivide & rule≈ yang kita sendiri memecahkan kelompok kita dengan tangan kita sendiri. Oleh itu bagi memudahkan proses penyatuan umat di masa depan kita perlu menerima sebagai suatu kenyataan bahawa negara ini ialah sebuah negara Islam. Dengan menerima negara ini sebagai sebuah negara Islam bukan bermakna ianya telah selesai segala tuntutannya. Kesempurnaannya perlu kepada pengisian daripada kita, sama juga seorang Muslim yang diakui sebagai Muslim selepas mengucap dua kalimah syahadah bukan bermakna Muslimnya sudah sempurna, kesempurnaan Islamny bergantung kepada proses peningkatan ilmu & penghayatan Islam pada dirinya.
KESIMPULAN
Berdasarkan kepada perbincangan di atas kita dapat membuat beberapa kesimpulan berikut :
1. Tidak ada kesepakatan dikalangan ulama tentang kriteria negara Islam kerana tidak terdapat nas Qat'i yang menentukannya.Justeru itu ulama berbeza pandangan dalam ijtihadnya dalam menentukan cirri-cirinya. Ada yang mencirikan bilangan majoriti Muslim sebagai penentu dan ada mencirikan perlaksanaan syari«ah sebagai penentu.
2. Dalam pengalaman sejarah politik Islam tidak terdapat penentuan cara yang tetap dalam pemilihan pemimpin negara. Ada secara pemilihan terbuka dan ada secara warisan, tetapi semua bentuk pemimpin yang ditentukan itu diterima sah oleh ulamak yang membincangkan teori politik Islam.
3. Ulamak juga tidak sepakat pendapat tentang syarat-syarat yang ditetapkan bagi ketua negara, kecuali beberapa syarat sahaja seperti keupayaan jasmani, kelayakan undang-undang, adil, kelayakan ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran.
4. Kerakyatan negara Islam sama ada Muslim atau bukan Muslim adalah sama disegi hak dan kewajipan kecuali perkara-perkara khusus yang dikecualikan. Mereka dikira sebahagian daripada umat Islam (ummatun min al-Muslimin).
5. Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan kepada majoriti penduduk Islam, keamanan yang dinikmati, perlaksanaan undang-undang Islam sebahagian besarnya dan kepimpinan negara dikuasai oleh orang Melayu Muslim.
PENUTUP
Dengan penerimaan negara ini sebagai sebuah negara Islam menimbulkan beberapa implikasi dalam kehidupan Muslim.
1. Muslim berhak menuntut pemerintah melaksanakan Islam sepenuhnya kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai pemerintah Islam.
2. Muslim dapat hidup dengan harmoni dan dapat berusaha meningkatan produktiviti untuk kepentingan Islam, kerana terdapat sikap baik sangka antara satu dengan yang lain.
3. Menimbulkan tanggungjawab yang lebih kepada Muslim untuk melaksanakan Islam di mana saja dia berada, kerana tidak dirasakan ada sesuatu yang bercanggah yang patut dielakkan dalam kehidupannya.
4. Membina sikap positif dan membuat kritikan yang membina untuk kepentingan Islam, serta berpatisipasi dalam memenuhi tuntutan Islam di mana saja ada kekurangan.
5. Setiap individu Muslim merasa berkewajipan untuk membangun negara dan umatnya dalam keupayaan masing-masing.
Demikianlah sedikit penjelasan mengenai betapa pentingnya perpaduan dalam menentukan kesinambungan kepimpinan Islam dalam negara ini. Tanpa kesedaran yang tinggi dan usaha yang gigih dan teratur, masa depan kepimpinan Islam masih belum pasti. Ayuhlah bersama menjayakannya.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia http://www.islam.gov.my
Memaparkan catatan dengan label Siasah. Papar semua catatan

Selasa, 10 Februari 2009
Pandangan Dr Asri Tentang Isu Semasa Di Perak
Oleh: Dr. Muhammad Asri Zainul Abidin
Sumber: http://drmaza.com
Banyak sekali email isu pergelutan kuasa politik di Perak dihantar kepada saya. Maaf, saya tidak dapat memberikan jawapan yang mencukupi kerana barangkali maklumat yang meyakinkan saya belum mantap. Saya pada prinsipnya tidak dapat menerima perangai ‘lompat parti’ kerana itu adalah sikap yang tidak telus dan jujur terhadap undi rakyat. Sesiapa mahu tukar parti setelah dipilih, sepatutnya meletak jawatan dan bertanding semula. Serahkan semula amanah tersebut kepada rakyat. Rakyat ketika mengundi meluahkan hasrat mereka, dan itu tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Cuma ada beberapa perkara yang berlegar dalam fikiran saya tentang keadaan Perak.
1. Jika perbuatan melompat itu tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak, sepatutnya ketika isu lompat parti pada 16 September 2008 diuar-uarkan sikap yang sama ditunjukkan. Pendirian yang istiqamah atas prinsip itu hendaklah ditunjukkan dalam semua keadaan. Apakah bantahan isu Perak ini memang benar-benar atas prinsip atau semangat kepartian semata?
2. Tokoh agama Perak yang terkenal, Datuk Seri Harussani Zakaria adalah seorang mufti terkenal, juga tokoh kepercayaan PAS sendiri. Beliau mengepalai upacara membaca doa perlantikan MB baru, YB Datuk Dr Zamry. Adakah kemungkinan beliau telah melihat berbagai aspek isu tersebut, terutama dari segi agama. Maka saya kira mungkin orang PAS patut merujuk kepada Sahibus Samahah DS Harussani terlebih dahulu sebelum membantah keputusan Sultan Perak itu di sudut agama terutamanya. Mungkin ada perkara yang beliau lebih maklum, sebagai ‘orang lama’ Perak. Apatahlagi, beliau selama itu amat diyakini oleh orang PAS sendiri.
3. Beberapa pihak menyatakan YB DS Nizar sebenarnya hanyalah ‘boneka DAP’. Saya sendiri diberikan berbagai maklumbalas oleh pihak yang tiada kaitan politik. Kononnya, apa yang dilaksanakan di Perak adalah keputusan mesyuarat exco yang didominasi oleh DAP yang menumpukan kepentingan kepada kaum tertentu. Isu pemberian tanah kepada masyarakat cina umpamanya dibangkitkan. Dakwaan ini bukan sebarangan, sebab pihak Istana Perak sendiri seakan memberi isyarat kerunsingan tentang kedudukan ‘orang Islam’ di Perak. Dakwaan ini perlu dikaji dengan cermat dan teliti tanpa emosi. Apakah benar atau sebaliknya?
4. Dari segi kepentingan umat, tanpa mengira parti, kita perlu menilai; manakah kepimpinan Kerajaan Perak yang lebih bermanfaat dan kurang mudarat kepada umat dan rakyat? Manakah pula yang akan membahayakan masa depan umat? Ini perlu dilihat dengan teliti.
Maka saya dengan ini menangguhkan dahulu mengulas isu pergelutan politik di Perak, sehingga persoalan-persoalan ini jelas kepada saya. Saya sama seperti orang lain, dari jauh sedang memerhati isu ini.

Setiap mukmin mesti perjuangkan Islam
Oleh: S.S. Dr Juanda Jaya ( juanda72@hotmail.com )
Sumber: http://www.bharian.com.my
NEGARA Islam perlu dilengkapi persenjataan canggih supaya digeruni musuh.
Umat kurang ilmu, hidup bergelumang maksiat kemungkinan mudah ditewaskan musuh
JENAYAH kemanusiaan dilakukan Zionis Yahudi ke atas kaum Muslimin di Palestin membuka mata dunia Islam dan mendatangkan keinsafan bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan duduk diam sehingga umat ini mengikuti golongan mereka. Terjajah, menyerah, mengikut segala kehendak dan taat setia kepada mereka.
Tabiat dunia sentiasa bergolak oleh perebutan kuasa, pertumpahan darah, kezaliman dan penyelewengan manusia. Selagi mana yang berkuasa adalah orang yang tidak mengenal Allah dan beriman kepada-Nya selagi itu tidak akan aman dunia ini selama-lamanya.
Oleh itu, Allah memberi amanah kepada Rasul-Nya dan orang mukmin untuk menegakkan kalimah Allah sehingga tiada lagi fitnah di atas muka bumi ini menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Dan perangilah mereka, supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (daripada kekafiran), maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang mereka kerjakan. Dan jika mereka berpaling (enggan beriman dan tidak berhenti daripada menceroboh), maka ketahuilah bahawa Allah pelindungmu. Dia adalah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong." (Surah an-Anfal, ayat 39)
Mengisytiharkan perang dengan kekuatan senjata umpama menjemput kematian ke kubu umat Islam kerana kekuatan orang kafir begitu jauh mengalahkan lawannya. Tetapi amatlah tidak wajar apabila generasi Islam menyerah bahkan langsung menghapus kalimah jihad dalam kehidupan mereka.
Kerana janji utama setiap mukmin kepada Allah adalah memperjuangkan Islam dan jangan sesekali mengkhianatinya, sebagai mana firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." (Surah al-Anfal, ayat 27)
Perjuangan membela agama adalah tanggungjawab seluruh umat Islam, jika di Palestin kanak-kanak kecil begitu berani melempar batu, dikejar desingan peluru serta dihantui bom Zionis yang menceraikan tangan dan kaki daripada tubuh kanak-kanak tidak berdosa.
Di sini, anak kita sewajibnya belajar bersungguh-sungguh, membina sahsiah diri dan merancang masa depan seraya berjanji dengan ilmu dan kepakarannya nanti mereka akan menolong saudaranya di seluruh bumi Allah.
Anak adalah pemimpin masa depan, merekalah kekuatan umat yang mesti disediakan sebaik-baiknya, seperti mana suruhan Allah yang bermaksud: "Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)." (Surah al-Anfal, ayat 60)
Dalam merancang kekuatan umat, tidak dinafikan timbul kemelesetan dan penyelewengan dalam perancangan itu. Penyelewengan dalam perjuangan yang menjadi faktor kelemahan umat Islam sudah disenaraikan dalam al-Quran antaranya:
# Umat bercerai berai. Mengapa terjadi fitnah ini sehingga melemahkan kekuatan umat?
Punca perselisihan dan bercakaran sesama sendiri adalah kerana tiada kesatuan matlamat dalam perjuangan. Dunia dan hawa nafsu sudah merosakkan keikhlasan umat, ada golongan yang berjuang kerana hendak mendapat habuan dunia, sementara golongan yang ikhlas terganggu tumpuan mereka yang seharusnya membuat perlawanan ke atas orang kafir, akhirnya mengalihkan serangan itu kepada saudaranya yang berlainan visi dan misi.
Fenomena sebegini sudah dirasai Rasulullah SAW dalam perjuangan Baginda menghadapi golongan munafik. Dengan kecekapan Baginda SAW gangguan kaum munafik dapat diatasi sebaiknya.
Rasulullah SAW menumpukan usaha pembentukan kesatuan dan perpaduan orang yang beriman. Kepentingan membentuk keimanan dalam barisan generasi pejuang ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang Muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi dan (terhadap) orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajipan sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah (akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang sudah ada perjanjian antara kamu dengan mereka dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Adapun orang kafir, sebahagian mereka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. jika kamu (hai Muslimin) tidak melaksanakan apa yang diperintahkan Allah itu nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar." (Surah al-Anfal, ayat 72-73)
Iman dan hijrah yang memberi semangat perubahan ke arah kecemerlangan serta jihad menjadi tiga elemen penting boleh menyatukan umat ke arah misi dan visi yang satu.
# Punca kelemahan umat Islam yang kedua adalah maksiat dan kemungkaran yang menjadi penyakit dalam tubuh umat. Maksiat menyebabkan manusia lupa diri, berpaling dari sisi Allah dan menjadi sebahagian ahli keluarga syaitan yang suka melakukan kerosakan.
Maksiat akan terus hidup dengan subur jika tiada usaha mencegahnya daripada merebak ke dalam tubuh umat. Seperti kisah kaum terdahulu, bagaimana Allah menimpakan azab ke atas mereka kerana kemungkaran yang dibiarkan berleluasa.
Umat Islam menghadapi tentangan sebegini pada hari ini, namun maksiat yang dilakukan orang Islam kadang-kadang lebih teruk dibandingkan kejahatan orang kafir. Begitu cepatnya iman mereka berubah, seperti mana sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir. Atau seseorang yang beriman pada waktu petang kemudian esok harinya dia sudah menjadi kafir. Dia menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia." (Hadis riwayat Imam Muslim)
Jika kemungkaran dan maksiat sudah menjangkiti tubuh umat Islam, mereka hidup seperti orang kafir yang tiada bezanya antara mereka maka sedikit demi sedikit nilai Islam itu hilang daripada keperibadian generasinya.
Perasaan, pandangan dan pemikiran mereka sama seperti orang kafir, tiada langsung roh Islam yang masih tinggal dalam hati mereka. Akhirnya mereka tidak mengenal apa erti membela agama, menghayati ajaran Islam, bahkan dicampakkan saja al-Quran dan hadis itu sebagai kitab peninggalan kuno yang disimpan dalam muzium sejarah mereka.
Alangkah mudahnya mengalahkan umat Islam tanpa melakukan serangan fizikal dan persenjataan yang berbilion harganya. Cukup dengan menyebarkan virus maksiat dalam generasi Islam pasti mereka akan menyembah berhala moden bernama hawa nafsu lantas dengan begitu senangnya jiwa mereka mati sebelum jasadnya.
# Ketiga yang menyebabkan umat lemah adalah kebodohan. Bangsa maju di dunia ini sudah jauh berlari ke hadapan meneroka hingga ke angkasa lepas semata-mata mahu menakluk bumi di bawah kekuasaan mereka.
Sedangkan umat Islam masih di situ, mengharap kekayaan bangsanya yang terpendam di bawah tanah diambil sedikit demi sedikit untuk menghidupkan anak cucunya dan menjadi negara pengguna paling tinggi daya belinya kepada negara kafir.
Jika berduit pun tetapi tiada ilmu, apa akan jadi dengan generasi akan datang? Sudah pun begitu masih juga bersikap sombong tidak mahu belajar dan hanya berharap daripada kekuatan yang sedikit saja.
Pendidikan belum lagi menjadi agenda pertama dan utama di mana hal ini merangsang tumbuhnya benih kemiskinan di negara Islam. Apabila ketiga-tiga faktor tadi masih membelenggu tubuh umat Islam, tidak mustahil mereka masih terus terjajah dan terpecah menjadi bangsa yang mundur selama-lamanya.
Penulis: ialah Mufti Perlis

Tanda:
Akhlak,
Mukmin,
Perjuangan,
Siasah,
Syariah
Pandangan: Pemimpin Yang Baik, Lahir Dari Masyarakat Yang Baik
Oleh: Nawawi
Sumber: http://an-nawawi.blogspot.com
Kestabilan sesebuah negara (pemerintahan dan pentadbirannya) itu sebenarnya terbentuk bermula dari diri setiap individu yang kemudiannya keluarganya, dan seterusnya keterlibatannya dalam kemasyarakatan, yang akhirnya menyumbang dalam pembinaan sesebuah negara tertentu tersebut.
Maka, perlulah untuk kita memahami bahawa pemimpin yang baik itu asalnya sebenarnya terlahir dari masyarakat kebanyakan iaitu dari kalangan sesama kita. Jika setiap individu tidak dibina dengan keimanan dan kesolehan yang betul, bagaimana kita mahu melahirkan pemimpin yang benar-benar baik dari kelompok masyarakat tersebut? Sedangkan usaha-usaha pembinaan yang positif tidak wujud dalam diri setiap individu yang membentuk sesebuah masyarakat tersebut?
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya),
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (an-Nuur, 24: 55)
Imam Ibnu katsir rahimahullah menjelaskan,
“Dari sini kita berupaya mengetahui dan menilai akan kebenaran janji Allah dan Rasul-Nya. Maha Benar Allah dan Rasul-Nya. Kita memohon kepada Allah supaya Dia selalu melimpahkan kepada kita keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta kekuatan untuk mensyukurinya bersesuaian dengan apa yang diredhai-Nya.
Ar-Rabi’ bin anas telah meriwayatkan sebuah hadis yang bersumber dari Abul ‘Aliyah ketika menafsirkan firman Allah tersebut, ia berkata,
“Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya tinggal di Makkah sekitar sepuluh tahun. Mereka berdakwah, menyerukan untuk beribadah kepada Allah dan menyembah Sang Khaliq Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Dakwah yang dilaksanakan bersifat rahsia dan secara senyap-senyap. Mereka tidak berani bertindak lebih dari itu, kerana pada ketika itu, masih belum ada perintah untuk berperang. Perintah keluar berperang hanya muncul sekitar selepas mereka berhijrah ke Madinah.
Pada awalnya mereka merasa takut, sama ada di waktu pagi atau pun di petang hari. Mereka selalu sentiasa bersiap sedia dengan senjata. Mereka berada dalam keadaan seperti itu sehingga ke waktu yang dikehendaki oleh Allah... ...Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala pun menurunkan ayat tersebut (an-Nuur, 24: 55).
Allah menjadikan Nabi-Nya mampu menguasai Jazirah arab, sehingga mereka pun merasa aman dan tidak lagi sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga (ketakutan). Kemudian setelah Allah mewafatkan Nabi-Nya, mereka tetap merasa aman di bawah pemerintahan Abu Bakar, Umar dan Ustman...” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 6, m/s. 431-432)
Beliau juga menjelaskan,
Adalah para Sahabat, kerana mereka merupakan kelompok (komuniti) manusia yang paling mentaati perintah Allah setelah Nabi wafat, maka kejayaan yang mereka perolehi itu adalah bersesuaian dengan (keikhlasan) mereka di dalam menegakkan kalimatullah di penjuru bumi di bahagian timur mahu pun barat. Oleh kerana itu, Allah memperkuatkan (memperkukuhkan) kejayaan mereka sekuat-kuatnya sehingga mereka berupaya menakluki pelbagai negeri lainnya dan menjadi penguasa penduduk negeri yang mereka takluki. Namun ketika umat telah mula lalai dalam menjalani ketaatan kepada Allah, maka menjadi pudarlah kejayaan umat Islam. Namun dalam sebuah hadis yang termaktub di dalam kitab Shahih al-Bukhari dan Shahih muslim, dan diriwayatkan melalui banyak jalur periwayatan, disebutkan bahawa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang membela kebenaran. Tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang menghina dan yang menyelisihi mereka, sehinggalah datang hari kiamat”.” (Hadis Riwayat muslim, 1/137) (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 6, m/s. 436-437)
Dari sini kita dapat melihat sebuah penjelasan yang menerangkan bahawa sebuah pemerintahan yang baik (pentadbiran yang berkesan) lahir dari sebuah masyarakat yang memiliki keimanan, kesolehan dan ketaatan yang baik kepada Allah.

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi.” (al-A’raaf, 7: 96)
“Dan mengapa tidak ada (penduduk) suatu kota yang beriman, lalu imannya itu bermanfaat bagi mereka, selain kaum Yunus. Tatkala mereka (kaum Yunus itu) beriman, Kami hilangkan dari mereka azab yang menghinakan dalam kehidupan dunia, dan Kami beri kesenangan kepada mereka sehingga pada waktu yang tertentu.” (Yunus, 10: 98)
“Dan Kami utus dia (Yunus) kepada seratus ribu orang atau lebih. Lalu mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka hingga waktu yang tertentu.” (ash-Shaffat: 147-148)

“Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasai sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (al-An’am, 6: 129)
Imam Ibnu katsir rahimahullah menjelaskan (berkenaan ayat tersebut),
“Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang-orang-orang yang zalim lainnya. Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil. 3, m/s. 430)
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri maka Kami perintahkan orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kefasikan/kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sewajarnya berlaku terhadap mereka perkataan (ketentuan) Kami, kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” (al-Isra’, 17: 16)
Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa atas sebab kefasikan dan sikap ingkar terhadap ketaatan kepada Allah akan mengakibatkan suatu masyarakat atau negeri itu dibinasakan.
Begitu juga dengan firman Allah,
“Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (al-Hakfi, 18: 59)
Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan-amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini; maka seperti itulah kalian akan dipimpin. Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini,

Abdul Malik bin Marwan pernah berkata,
“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101)
Maka, dengan ini dapatlah kita mengetahui dan memahami bahawa kesolehan dan keadilan yang terpancar (lahir) pada diri pemerintah berserta cemerlangnya sesebuah pentadbiran itu sebenarnya turut bergantung kepada kesolehan, keimanan, dan keadilan dalam diri-diri masyarakatnya. Maka, atas sebab itu, kita tidak memiliki jalan lain melainkan kita masing-masing mengambil inisiatif untuk bermula melakukan perubahan ke dalam diri sendiri dan seterusnya ke dalam masyarakat di sekeliling kita. Maka, bermuhasabahlah dan berusahalah menambah ilmu, pengetahuan dan maklumat berkaitan agama bagi tujuan membersihkan diri (dan masyarakat) dari pelbagai jenis kecelaruan dan kekeliruan (kejahilan). Hanya dengannya kita mampu memperbaiki diri-diri kita, keluarga kita dan seterusnya menerapkannya ke dalam segenap ruang lingkup kehidupan kita dan mengaktifkannya bersama-sama dengan masyarakat sekeliling.
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah at-Tahrim, 66: 6)
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasehati supaya menetapi kesabaran.” (al-‘Ashr, 103: 1-3)
“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (ar-Ra’d, 13: 11)
Maka, sebagai jalan penyelesaiannya di sini adalah kita masing-masing perlu berusaha memperbaiki diri dengan menerapkan agama berpandukan dasar-dasar yang jelas tsabit berpandukan petunjuk dari al-Qur’an dan as-Sunnah dengan tafsiran-tafsirannya yang jelas (di atas prinsip para salaf). Proses tasfiyah (pemurnian) dalam beragama (beraqidah) perlu berlaku dan pentarbiyahan pula perlu berlangsung dengan ilmu yang betul.

Masyarakat,
Pemimpin,
Siasah,
Syariah
Pandangan: Prinsip-Prinsip Utama Seorang Pemimpin
Oleh: Nawawi
Sumber: http://an-nawawi.blogspot.com
Agama Islam adalah agama yang sempurna. Ia turun untuk memberikan petunjuk dan dasar yang betul kepada setiap perjalanan kehidupan manusia dengan mencakupi setiap aspek dan sudut.
Betapa sempurnanya Islam, sehinggakan kepada tatacara membuang air juga ia turut diperjelaskan dengan begitu terperinci. Begitu jugalah dalam persoalan yang lebih rumit seperti permasalahan politik dan pentadbiran. Islam memberikan gambaran dan ciri-ciri yang begitu jelas bagi tujuan mewujudkan atau melahirkan kepemimpinan yang berkesan, adil, dan benar. Maka, secara ringkasnya, tulisan yang berikut ini adalah bertujuan membawakan kepada kita berkaitan ciri-ciri utama lagi asas yang perlu dimikili dalam diri setiap pemimpin yang beriman serta bertanggungjawab terhadap jawatan yang dipegangnya untuk sesebuah masyarakat dan negara.
1 – Memiliki Sikap Ikhlas Kerana Allah.
Walau siapapun dia, selagi dia berpegang kepada prinsip-prinsip Islam, dalam apa jua tindakannya, dia mestilah memiliki dan mendahulukan sikap ikhlas di dalam setiap tindakan gerak kerja yang dilakukannya. Seseorang muslim yang sejati, dia perlu memiliki sikap ikhlas yang semuanya adalah kerana mengaharap keredhaan dari Allah. Kerana dia tahu, tujuan dia diciptakan adalah untuk memperhambakan diri (beribadah) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala semata.
“... mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus” (al-Baiyinah, 98: 5)
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepada-Ku.” (adz-Dzariyat, 51: 56)
2 – Pemimpin Mestilah Dari Kaum Lelaki.
“Tidak akan berjaya suatu kaum yang menyerahkan kepemimpinannya kepada seorang wanita.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 4425, 7099)
Salah satu hikmahnya adalah kerana wanita memiliki beberapa kelemahan dan keadaan yang dapat menghalanginya untuk melaksanakan tugas dengan baik dan sempurna jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Wanita memiliki mental dan daya fizikal yang lebih lemah, tidak terlepas dari permasalahan biologi yang fitrah seperti haid, nifas, melahirkan anak, menyusui anak dan seumpamanya.
3 – Tidak Bersikap Meminta-minta Jawatan.
Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Kamu selalu berusaha untuk menjadi penguasa, padahal akan menjadikan kamu menyesal pada hari Kiamat kelak. Sungguh perkara tersebut (ibarat) sebaik-baik susuan dan seburuk-buruk penyapihan (cerai susu). (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7148)
Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah bersabda kepada Abdur Rahman bin Samurah radhiyallahu ‘anhu, “Ya Abdur Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta jawatan pemerintahan. Apabila jawatan itu diberikan kepadamu disebabkan engkau memintanya, maka jawatan itu sepenuhnya akan dibebankan kepadamu. Namun apabila jawatan itu diberikan bukan kerana permintaanmu, maka engkau akan dibantu dalam memikulnya. Jika engkau bersumpah atas sesuatu perkara, setelah itu engkau melihat ada yang lebih baik dari sumpahmu, maka tunaikan kafaratnya dan lakukanlah apa yang lebih baik.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7147, Muslim, 1652)
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam juga pernah menolak permintaan seorang sahabat yang datang meminta agar diberi jawatan. Beliau bersabda,
“Kami tidak akan memberikan jawatan pemerintahan ini kepada orang yang memintanya dan berusaha untuk mendapatkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7149, Muslim, 1733. Hadis dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu)
4 – Berhukum Berdasarkan Syariat Yang Betul.
“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah.” (al-Ma’idah, 5: 49)
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (an-Nisaa’, 4: 65)
Menurut Imam Ibnu Katsir rahimahullah, “Allah Subhanahu wa Ta’ala bersumpah dengan diri-Nya yang Maha Mulia, bahawa seseorang tidak beriman sehingga dia berhukum kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dalam setiap urusan dan perkara. Hukum apa sahaja yang beliau tetapkan, itulah kebenaran yang wajib dipatuhi dengan sebaiknya, zahir dan batin. (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, terbitan Pustaka Ibnu Katsir, jil. 2, m/s. 572)
Ini adalah suatu kewajiban yang terbesar yang wajib dilaksanakan oleh seseorang pemimpin atau penguasa. Seseorang pemimpin perlu memastikan perjalanan pemerintahannya/pentadbirannya berjalan menepati dasar-dasar syariat agama bermula dari dasar aqidahnya, hukum-hakamnya dan dalam soal membuat keputusan. Persoalan syi'ar-syi'ar Islam perlu dibangunkan (disemarakkan) dan dizahirkan seperti persoalan solat berjama'ah, solat Juma'at, azan, zakat, dan seterusnya. Seterusnya, sehinggalah kepada sistem pentadbiran, perundangan dan lainnya.
“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (al-Hajj, 22: 41)
5 – Memutuskan Dan Menetapkan Sesuatu Dengan Adil.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.” (Shad, 38: 26)
“... dan (menyuruh kamu) agar sentiasa apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil...” (an-Nisaa’, 4: 58)
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil, pada hari kiamat kelak, ia berada di atas mimbar dari cahaya di sebelah kanan Allah yang maha Pengasih. Kedua tangan Allah sebelah kanan. (Mimbar tersebut) diberikan untuk orang yang berlaku adil dalam hukum mereka, keluarga mereka, dan yang mereka kuasai.” (Hadis Riwayat Muslim, 1827)
“Tidaklah seseorang lelaki memimpin sepuluh orang, kecuali ia akan didatangkan dalam keadaan tangan yang terbelenggu pada hari Kiamat. Keadilan yang ia lakukan akan melepaskannya dari ikatan, atau kezalimannya akan menjadikannya celaka.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi dalam al-Kubra, 10/96)
Maka, atas sebab itulah, seorang pemimpin wajib untuk sentiasa berlaku adil dalam setiap tindakan serta keputusan yang dibuat.
“..berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada sikap taqwa...” (al-Ma’idah, 5: 8)
6 – Bersedia Memenuhi Keperluan Rakyat.

“Tidaklah seseorang pemimpin atau penguasa menutup pintunya dari orang-orang yang memiliki keperluan, rayuan serta orang-orang faqir, kecuali Allah akan menutup pintu langit dari keperluannya, rayuan, dan hajatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, 4/231, at-Tirmidzi, 1332)
7 – Memberi Nasihat Kepada Orang Yang Dipimpimnya.
Dari Ma’qal bin Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Tidak seorang pemimpin yang mengawal selia urusan kaum muslimin, kemudian ia tidak merasa susah payah untuk kebaikan mereka dan menasihati mereka, kecuali pemimpin itu akan masuk ke dalam Syurga bersama mereka.” (Hadis Riwayat Muslim, 142)
Dari Tamim ad-Daari, bahawa Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Diin (agama) itu adalah ketulusan (nasihat).” Kami bertanya, “Untuk siapa?” beliau menjawab, “Untuk Allah, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, pemimpin kaum muslimin dan rakyatnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 55)
8 – Tidak Menipu Rakyatnya.
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Tidaklah seorang hamba yang mendapat amanah dari Allah untuk memimpin rakyatnya, lantas dia meninggal pada hari meninggalnya dalam keadaan menipu rakyatnya, kecuali Allah telah haramkan Syurga baginya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7150, 7151, dan Muslim, 142)
9 – Tidak Menerima Hadiah.
Apabila seseorang rakyat, atau sekumpulan orang yang dipimpin datang dengan membawa hadiah, pemimpin harus bersiap sedia untuk menolak hadiah tersebut. Ini kerana pertamanya ia boleh menimbulkan fitnah, dan sudah tentu ada yang tidak kena apabila rakyat yang datang memberi hadiah kepada pemerintah. Ini mungkin bertujuan agar pemimpin sentiasa dekat dengan si pemberi hadiah, dan menjadikan pemimpin suka dengan dirinya.
Dalam hal ini, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Hadiah-hadiah yang diberikan kepada seseorang pemimpin adalah pengkhianatan.” (Hadis Riwayat at-Thabrani di dalam Mu’jam al-Kabir, 11/11486. Rujuk: Shahih al-Jami’ ash-Shagheir, no. 7054 oleh al-Albani)
“Hadiah-hadiah yang diberikan kepada penguasa adalah pengkhianatan.” (Hadis Riwayat Ahmad, 5/424, al-Baihaqi, 10/138 dari Abu Humaid. Rujuk: Shahih al-Jami’ ash-Shagheir, 7071 oleh al-Albani)
Seorang Gabernor Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam ada yang berkata, “Yang ini untuk kalian dan yang ini dihadiahkan untukku.” Lantas Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
Amma ba’du, mengapa pegawai yang kami angkat berkata, “Yang ini dari hasil pekerjaan kalian, sementara yang ini khusus dihadiahkan untukku?” Mengapa ia tidak duduk sahaja di rumah ayah atau ibunya, lalu ia tunggu, adakah masih ada orang yang mahu memberikan hadiah untuknya ataukah tidak?” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1500, 6979, dan Muslim, 1832 dari Abu Humaid as-Sa’di)
Selain tidak menerima hadiah, ia juga tidak boleh menyembunyikan harta tertentu dan menyimpannya sebagai hak milik peribadinya.

“Barangsiapa di antara kamu yang kami tugaskan untuk memimpin lalu ia menyembunyikan satu jarum atau lebih, maka pada hari Kiamat nanti dia akan datang membawanya.” (Hadis Riwayat Muslim, 1833)
10 – Mengambil Dan Bersedia Menerima Nasihat Dari Orang Yang Memahami.
Dari Abu Sa’id radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,
“Tidak ada nabi yang Allah utus, dan tidak pula ada seorang pemimpin yang Dia angkat, kecuali mereka mempunyai dua jenis teman terdekat. Teman yang menyuruhnya untuk berbuat baik serta selalu mendorongnya untuk berbuat kebaikan, dan teman yang menyuruhnya berbuat jahat serta selalu mendorongnya untuk melakukan tindak kejahatan. Orang yang selamat, ialah orang yang sememangnya mendapat jagaan dari Allah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 6611, 7198)
Oleh itu, seseorang pemimpin seharusnya mengambil dan mendapatkan khidmat nasihat dari kalangan orang-orang yang berilmu dan taat kepada agama. Dengan itu, penasihat tersebut berupaya memberikan nasihat, peringatan, dan dorongan yang betul di ketika si pemimpin terlupa dan berbuat kesilapan. Si penasihat juga berupaya untuk mengawasi dan memastikan si pemimpin agar sentiasa berada pada tindakan yang betul dan mendorongnya sentiasa berbuat kebaikan sekaligus menjauhi tindakan yang tidak baik.
11 – Bersikap Mesra Dan Sayang Terhadap Rakyat.
Seorang pemimpin yang bersikap mesra terhadap rakyatnya dan sentiasa mengambil tahu persoalan rakyatnya dengan baik sehingga menjadikan rakyatnya senang kepadanya maka dia berhak mendapatkan doa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam,
“Ya Allah, bagi siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu dia menyulitkan mereka, maka timpakanlah kesulitan kepadanya. Dan barang siapa yang menjadi penguasa umatku, lalu ia menyayangi mereka, maka sayangilah dia.” (Hadis Riwayat Muslim, 1848)
12 – Bersikap Jujur Serta Amanah Dalam Semua Urusan Dan Tugasannya.
Secara kesimpulannya, setiap pemimpin yang mentadbir rakyatnya haruslah bertindak dengan jujur dan amanah terhadap peranan dan tanggungjawab yang dipikulnya. Dia harus jujur dan amanah terhadap penyebar-luasan agamanya, menjaga agamanya agar terjauh dari tindakan penyimpangan kelompok yang tidak bertanggungjawab, menjalankan amar ma’ruf nahi mungkar, menjaga keamanan negaranya, harta rakyatnya, dan memastikan kelangsungan rakyatnya serta negaranya berjalan dengan lancar dan baik. Ia juga perlu mengawasi setiap pegawai-pegawai yang dilantik sentiasa menjalankan tugasan dengan baik, cekap, dan betul.

Pendapat: Jalan Terbaik di Perak: Taatlah Kepada Ulil Amri!
Oleh: Ahmad Humaizi @ Abu Bakr Al-Humaidi Bin Din Mustafaha
Lumut, Perak - humaixi@gmail.com
Jalan Terbaik di Perak: Taatlah Kepada Ulil Amri di Kalangan Kamu!
Allah Swt memerintahkan kepada kaum muslimin supaya mentaatiNya, Rasulnya dan Pemerintah di kalangan kaum muslimin seperti yang diperintahkan dalam Surah An-Nisa : 59,
Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul(Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berselisihan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu adalah lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah an-Nisa [4]: 59)
Nabi saw telah menggariskan supaya segala arahan pemerintah wajib ditaati selagi ianya tidak melanggar syariat Islam. Ini disebutkan dalam hadis baginda yang bermaksud,
Wajib bagi seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada penguasa) dalam perkara yang ia senangi dan ia benci kecuali apabila diperintah berbuat kemaksiatan. Apabila penguasa memerintahkan melakukan kemaksiatan maka tidak perlu didengari dan ditaati (kemaksiatan itu). (Hadis Riwayat Bukhari 13/121, Muslim 3/1469)
Umat Islam juga diperintahkan sentiasa taat kepada pemerintah dan dilarang memeranginya walaupun mereka melakukan perkara yang zalim. Ini disebutkan di dalam hadis yang bermaksud;
Barangsiapa yang melihat sesuatu yang ia benci dari penguasanya maka hendaklah ia bersabar. Barangsiapa yang meninggalkan jama'ah walau sejengkal maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah. (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7143 & Muslim, 1849)
Imam Ibnu Abil Izzi rahimahullah berkata:
"Adapun taat kepada penguasa tetap wajib sekalipun mereka zalim, kerana keluar dari ketaatan terhadap mereka akan menimbulkan keburukkan yang banyak melebihi kezaliman mereka. Bahkan sabar di atas kezaliman penguasa adalah penghapus dosa, melipat gandakan pahala, kerana tidaklah Allah menimpakan hal itu kecuali kerana keburukkan perbuatan kita sendiri. Balasan itu setimpal dengan perbuatan. Wajib bagi kita untuk bersunguh-sungguh meminta ampun kepada Allah, taubat dan memperbaiki diri. Maka apabila rakyat ingin membebaskan diri dari kezaliman penguasa hendaklah mereka mengawali dengan meninggalkan perbuatan zalim pada diri mereka sendiri." (Syarah al-Aqidah at-Thohawiyyah, 2/542)
Alangkah bagusnya ucapan Abdul Malik bin Marwan ketika berkata: "Berlaku adillah kepada kami wahai seluruh rakyat. Kalian menghendaki dari kami seperti pemerintahan Abu Bakar dan Umar, akan tetapi kalian tidak mahu berjalan bersama kami dan tidak pula mencontohi di zaman Abu Bakar dan Umar". (Sirojul Muluk, hal.100))
Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Bersabar
Walaupun seseorang itu terasa dizalimi oleh pemerintah, maka ketika itu, adalah lebih baik dia bersabar dan tidak melakukan sebarang pemberontakan atau menunjukkan sikap tidak puas hati, kerana pemberontakan terhadap pemerintah akan mengundang kemudharatan yang lebih besar.
Telah disebutkan dalam kisah-kisah para ulama muktabar sepanjang sejarah Islam, mereka dipenjara dan disebat seperti Imam Ahmad, dibuang negeri seperti Imam Nawawi, tetapi mereka tetap bersabar tanpa membawa pengikut-pengikut mereka keluar memerangi pemerintah.
Demikianlah, contoh tauladan yang ditunjukkan oleh ulama-ulama silam supaya ianya menjadi pedoman dan ikutan kepada kaum muslimin seluruhnya. Inilah tanda-tanda kekuatan iman yang dibuktikan oleh tokoh-tokoh ulama Islam dalam berhadapan dengan pemerintah yang zalim.
Allah swt berfirman, maksudnya,
"Sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang sabar"
Di antara dua kemudharatan, pilihlah kemudharatan yang kecil
Demikianlah, disebutkan dalam usul fiqh, jika bertembung dua kemudharatan, maka pilihlah kemudharatan yang lebih kecil.
Islam telah mengajar umatnya supaya berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. Umat Islam disuruh supaya menilai sesuatu tindakan dan mengkaji kesan yang bakal diperoleh dari tindakan tersebut, lalu Islam menuntut umatnya memilih tindakan yang paling tepat dan tidak merugikan kepentingan kaum muslimin sekalian.
Isu Di Perak
Oleh itu, dalam menilai situasi di Perak, pada pendapat saya, Ir Nizar dan exco-exconya wajib taat kepada ulil amri iaitu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya mereka meletakkan jawatan mereka selaku exco kerajaan negeri dan Menteri Besar dengan baik tanpa mengadakan sebarang bantahan di jalanan yang akhirnya bakal membawa kesan buruk kepada masyarakat seperti kacau bilau, tindakan keras pihak berkuasa dan mcm2 lagi perkara yang mungkin kita tidak fikirkan untuk terjadi.
Tindakan meletakkan jawatan sebenarnya akan lebih mententeramkan keadaan yang sedang panas dan pihak Pakatan Rakyat sebenarnya tidak perlu cepat melatah jika mereka yakin mereka di pihak yang benar.
Ingatlah wahai saudara-saudaraku, merundur sedikit ke belakang itu bukan bermakna anda kalah! Tetapi berundurnya anda seketika tanda anda mengumpul kekuatan. Tidak kiralah kekuatan dari segi strategi mahupun kekuatan iman!
Tuntut Keadilan Dengan Bermaruah!
Saya selaku orang awam yang tidak mengetahui keadaan sebenar yang berlaku dalam isu di perak hanya dapat membaca akhbar-akhbar seperti Utusan, Harakah dan lain-lain sumber media yang ada. Boleh jadi, setiap media tersebut benar dalam penyampaiannya, boleh jadi tidak. Maka disebabkan itu, saya perlu lebih berhati-hati dalam membuat tindakan, supaya saya tidak tergolong dalam golongan yang Allah sebutkan sebagai orang yang menyesal di atas tindakan salahnya, (Rujuk Surah Al-Hujurat).
Disebabkan banyaknya kecelaruan di kalangan rakyat, maka banyaklah rakyat bertindak mengikut batas pengetahuan yang mereka ada, dan yang paling malangnya, mereka bertindak atas dasar emosi yang akhirnya mencemarkan imej "keislaman" mereka. Dan lebih malang lagi, terjadinya permusuhan dan pergaduhan antara pihak yang terlibat.
Maka kerana itu, bila Ir Nizar dan exconya meletak jawatan, dan keadaan kembali tenang, maka ketika itu, tuntutlah keadilan di Mahkamah.
Jika anda yakin anda dipihak yang benar, maka ketahuilah, Jika anda menang, anda menang dengan bermaruah! Tetapi jika anda kalah sekali pun, anda kalah dengan bermaruah jua! Kerana anda tahu, keadilan yang mutlak akan disempurnakan oleh Allah swt di akhirat nanti. Maka bersabarlah dan tenanglah wahai saudaraku, kerana Allah bersama orang-orang yang sabar!
Kesimpulan
Kita telah menyaksikan betapa, sebenarnya demokrasi ini tidak banyak membantu masyarakat kita untuk bersatu melainkan kita kembali kepada agama Allah iaitu agama Islam. Kerana, terbukti orang-orang yang bersatu atas dasar iman, lebih kuat ukhwahnya berbanding orang-orang yang bersatu kerana keduniaannya.
Oleh kerana itu, tidak perlulah kita berslogan dan berkempen untuk mempertahankan prinsip demokrasi kerana ia sebenarnya punca perpecahan manusia. Kita selaku orang-orang yang percaya bahawa demokrasi hanyalah wadah dan alat semata-mata dan disebabkan jalan dan alat ini banyak kekurangan dan banyak pula bahayanya kepada umat, maka eloklah kita fikirkan kembali betapa perlunya kita berhati-hati dalam melangkah dan menggunakannya supaya parang tak makan tuannya dan duri di jalanan tak tertusuk di kaki.
Sebagai kesimpulan, taatlah kepada ulil amri, wala'lah kepada mereka walaupun tidak memihak kepada anda. Inilah sebenarnya yang dikehendaki dari tarbiyyah kalian! Maka zahirkanlah kesan dari tarbiyyah kalian! Disebabkan itu bersabarlah walaupun ianya sangat pahit untuk ditelan. Ingatlah! Sesungguhnya setiap kesusahan pasti ada kesenangan.
Wallahua'lam.
(Jika ada salah dan silap mohon emailkan kepada saya)
Rujukan:
1. http://an-nawawi.blogspot.com/2007/12/sikap-rakyat-terhadap-pemerintah-yang.html

Langgan:
Catatan (Atom)