Selasa, 10 Februari 2009

Mimpi Rasulullah s.a.w

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN pada malam kelmarin....

* Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.

* Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.

* Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada Allah.

* Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu.

* Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas.

* Aku melihat umatku cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

* Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang.

* Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.

* Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

* Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat.

* Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu dengan Tuhannya.

* Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke sebelah tangan kanan.

* Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan hingga menjadi berat.

* Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa dia jauh dari tempat itu.

* Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH, menyelamatkannya.

* Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.

* Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hingga ke hujungnya.

* Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan kembali pintu itu dan diapun memasukinya.

* Aku melihat ramai orang sedang meggunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-orang yang suka membawa mulut kesana sini.

* Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti.

KONSEP NEGARA ISLAM

Oleh: Dr. Abd. Halim El Muhammady
Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia

PENDAHULUAN
Pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam perkara Fardu Kifayah. Kepentingan tentang pembentukan negara Islam ada kaitannya dengan perlaksanaan syariah, kerana syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa ada perlaksanaan syariah adalah wajib ke atas Muslim, maka mewujudkan negara Islam adalah suatu yang wajib.

Dalam kertas kerja ini perbincangan akan ditumpukan kepada perkara berikut; pengenalan negara Islam, sumber autoriti pembentukannya, syarat-syarat Ketua Negara Islam, pemilihan Ketua Negara, kerakyatan negara dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang bercirikan Islam.

PENGENALAN NEGARA ISLAM

Istilah Negara Islam "al-dawlah Islamiah" atau "al-Hukumah al-Islamiyyah" tidak didapati penggunaannya dalam Quran. Istilah ini merupakan satu istilah baru yang mula diperkenalkan oleh Muhammad Rashid Rida dalam bukunya, "Caliphate and the Great Imamate"(1). Sungguhpun begitu dalam Al-Quraan terdapat istilah-istilah lain yang boleh menjadi asas kepada persoalan ini seperti istilah khalifah, khulafa atau khalaif (2) dan juga istilah imam (3), yang secara umumnya memberi pengertian sebagai pengganti Allah atau khalifah Allah di bumi atau kepimpinan kerohanian yang terbatas maksudnya untuk perkataan imam(4).

Selain daripada istilah-istilah di atas terdapat istilah-istilah lain lagi seperti ulu al-amr, yang bermaksud merujuk kepada pemerintah atau penguasa (6), perkataan hukum (7) atau hukkam yang bermaksud merujuk kepada penghukum adil. Antara istilah yang dipakai dalam Al-Quran yang ada kaitan dengan masalah ini ialah istilah umat (8) yang bermaksud kumpulan manusia yang bersatu berdasarkan agama dan undang-undang (9), istilah kaum (10) yang bermaksud merujuk kepada kumpulan manusia yang tunduk kepada pemimpin. Demkian juga istilah syura (11) yang bermaksud merujuk kepada perbincangan dan permesyuaratan untuk menyelesaikan masalah (12) dan jamaah (13) yang merujuk maksudnya kepada satu kumpulan yang tunduk kepada pemimpin. Kedua-dua istilah disebut dalam Hadith Rasulullah s.a.w.

Istilah-istilah yang digunakan dalam dua sumber ini terkandung di dalamnya maksud kuasa, undang-undang atau perlaksanaannya. Dengan kata-kata lain istilah-istilah ini dapat dirumuskan kepada empat perkara besar iaitu autoriti mutlak ialah Allah, manusia sebagai khalifahNya, autoriti diberikan kepada Rasulullah dan khalifah Rasulullah atau umat, hukum syariat atau perlaksanaannya.

Para ulama dalam membincangkan teori politik Islam selalunya diletakkan di bawah tajuk al- siyasah wa al- immah, al-ahkam al- sultaniyyah, al-siyasah al-shar'iyyah. Nizam al-hukm fi al-Islam atau nizam al-siyasah fi al-Islam.

Dalam tulisan ualma tradisional tidak didapati takrif negara Islam diberikan. Apa yang mereka berikan ialah ciri-cirinya seperti perbincangan mereka tentang ketua negara, syarat-syaratnya, cara pemilihannya, tugasnya dan perkara-perkara lain yang ada kaitan dengan pentadbiran negara. Tetapi di masa kebelakangan ini terdapat cendekiawan Islam yang cuba memberi definisi tentang negara Islam. Maududi ada mentakrifkan negara Islam ialah negara yang kuasa mutlaknya pada Allah S.W.T. yang menentukan syariatnya dan syariat itu dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ia sebuah negara yang bercorak theo-democracy yang tergabung di dalamnya autoriti mutlak pada Allah dan penyerahan autoriti yang terbatas kepada manusia dalam perlaksanaan urusan negara yang diakui oleh syarak.(14)

Ayatullah Khomeini pula mentakrifkan bahawa negara Islam tidak ada sebarang persamaan dengan mana-mana sistem kerajaan yang ada. Negara Islam bukanlah autokratik dan tidak menjadikan ketuanya berkuasa penuh sehingga membolehkannya membuat sesuka hati terhadap nyawa dan harta benda orang.

Sesebuah negara Islam bebas daripada dispotisme. Ia adalah negara berpelembagaan yang ditafsirkan oleh Parlimen atau badan-badan perwakilan awam. Negara Islam ialah negara berpelembagaan yang ditafsirkan oleh Parlimen atau badan-badan perwakilan awam. Negara Islam ialah negara berpelembagaan dalam ertikata bahawa sesiapa bertanggungjawab mengendalikannya terikat kepada undang-undang dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-sunnah (15).

Abu Zahrah dalam membincangkan konsep negara Islam dan bukan Islam membawa beberapa pandangan ulama yang terkenal antaranya pandangan Abu Hanifah yang berpendapat bahawa negara bukan Islam ialah ada tiga syarat iaitu:

1. Hukum bukan Islam dilaksanakan di negeri tersebut seperti amalan riba, arak, judi dan babi.
2. Negeri itu tidak ada perhubungan langsung dengan orang Islam. Malah disegi geografinya terhalang daripada negara Islam. Kalau kawasan bukan Islam itu ada hubungan dan dikelilingi oleh kawasan Islam ia bukannya Dar-al-harb.
3. Tidak ada di sana seorang Islam pun atau dhimmi yang boleh hidup dalam keamanan sebagaimana keamanan muslim awal dengan pengikut-pengikutnya.

Berdasarkan ini bagi Abu Hanifah berpendapat negara Islam ialah negara yang melaksanakan hukum Islam atau orang Islam atau dhimmi berada dibawah pemerintahan Islam atau pemerintah Islam. Abu Yusuf, Muhammad dan setengah fuqaha lain berpendapat bahawa penentuan negara sama ada negara Islam atau tidak ialah terletak kepada perlaksanaan hukum Islam, jika hukum Islam dilaksanakan maka ia negara Islam dan jika tidak ia bukan negara Islam. Alasan mereka ialah hakikat pembentukan negara ialah daripada asas Islam dan kufur; dinamakan negara Islam jika hukum dan sistem Islam berkuatkuasa dan dinamakan negara bukan Islam jika hukum dan sistem bukan Islam dilaksanakan.(16)

Berdasarkan huraian di atas Abu Zahrah membuat kesimpulan bahawa pentafsiran fuqaha tentang negara Islam dan bukan Islam terdapat dua pandangan iaitu:

1. Pandangan pertama negara Islam diasaskan kepada perjalanan dan perlaksanaan
hukum Islam dan sistemnya, kalau tidak ianya bukan negara Islam.
2. Pandangan kedua ialah diasaskan kepada keadaan keamanan Muslim dan kawasannya. Kalau orang Muslim mendapat keamanan sebagaimana keamanan negara Islam awal maka ia adalah negara Islam.

Berdasarkan pendapat kedua dalam menentukan negara Islam adalah berasaskan unsur majoriti bilangan Muslim, jika unsur ini ada maka negara itu ialah negara Islam, sekalipun undang-undang dan sistem Islam tidak terlaksana.

Abu Zahrah lebih cenderung kepada pendapat Abu Hanifah dan ulama yang sependapat dengannya. Beliau menganggap semua negara yang penduduk Muslim lebih banyak adalah negara Islam sekalipun undang-undang Islam tidak dilaksanakan, tetapi beliau mengharapkan bahawa hukum Al-Quran dan Al-Sunnah supaya lahir di seluruh negara Islam supaya negara Islam itu sempurna mengikut pendapat ijmak bukan mengikut pendapat seorang fakih sahaja sekalipun ia seorang yang hebat.

Berdasarkan pandangan Abu Hanifah beliau mengakui bahawa negara Islam merangkumi kawasan daripada Maghribi sebelah barat sehingga Turkistan dan Pakistan di timur(11).

SUMBER AUTORITI PEMBENTUKAN NEGARA ISLAM:

Al-Quran tidak menyebut secara langsung tentang pembentukan negara Islam. Sungguhpun begitu ulama cuba memahami ayat-ayat yang ada kaitan dengan persoalan ini seperti kekuasaan Allah, undang-undang, nubuwwah, ketaatan, khalifah, umat dan sebagainya dijadikan asas teori kepada pembentukan negara Islam(18).

Kebanyakan ulama dalam membincangkan teori pembentukan negara Islam ini sumbernya diambil daripada Hadith dan sirah Rasulullah s.a.w. serta sirah para khulafa al-Rashidun(19).

Keperluan kepada Ketua Negara Islam adalah suatu yang tidak dapat dinafikan dan Mawardi ada menjelaskan ini katanya, Ketua Negara (Imamah) digelar sebagai Kahlifah Rasulullah dalam urusan agama dan urusan dunia, pemilihan orang yang akan menjalankan tugas ini adalah wajib mengikut ijmak kecuali pendapat Asam(20).

Ibn Hazm berkata bahawa sepakat di kalangan semua ulama ahlul-Sunnah, Murjiah, Syiah dan Khawarij tentang wajib diadakan pemimpin negara. Umat wajib mematuhi imam yang adil yang berupaya menegakkan hukum-hukum Allah dan memerintah berdasarkan hukum-hukum syarak yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Al-Quran dan al-Sunnah menegaskan tentang wajib kepada pemilihan ketua negara, antaranya firman Allah s.w.t. bermaksud: "Taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul serta pemimpin-pemimpin urusan kamu", demikian juga hadis-hadis sahih banyak yang memerintah supaya taat kepada ketua negara(22).

Berdasarkan kepada nas-nas dan huraian-huraian yang diberikan oleh ulama menunjukkan bahawa keperluan kepada ketua negara dan pemilihannya adalah merupakan satu tuntutan hukum yang mesti dilaksanakan oleh umat.

SYARAT KELAYAKAN KETUA NEGARA ISLAM:

Ketua Negara Islam dipanggil dengan berbagai gelaran seperti Khalifah Amir al-Mukminin dan Imam.

Para ulama ada menentukan beberapa syarat untuk melayakkan seseorang memegang jawatan ketua negara. Syarat-syarat itu ada yang disepakati oleh mereka dan ada pula syarat yang mereka tidak sepakati pendapat. Syarat-syarat itu ialah:

1. Keupayaan jasmani; seseorang itu mestilah sempurna pancaindera dan selamat anggota badannya, tidak ada sebarang kecacatan yang boleh menghalang tugasnya sebagai ketua negara iaitu kecacatan seperti gila, buta, pekak, tuli, hilang dua tangan, dua kaki atau dua biji kemaluan(23).

2. Kelayakan undang-undang sempurna iaitu ia seseorang memenuhi syarat-syarat berikut:
a. Seseorang Islam; kerana tugas utama ketua negara ialah untuk melaksanakan syariat. Tugas ini hanya dapar dilakukan oleh ketua negara Muslim.
b. Merdeka; iaitu dia bukannya hamba, kerana hamba tidak mempunyai kelayakan undang-undang.
c. Seorang lelaki; Ijmak ulama berpendapat bahawa jawatan khalifah hanya sah dipegang oleh lelaki, kerana jawatan ini disegi beban tugasnya tidak sesuai dengan keadaan kaum wanita.
d. Cukup umur; iaitu dia seorang Mukallaf yang terikat dengan kewajipan hukum syarak (taklif), bukannya kanak-kanak yang tidak terikat dengan kewajipan hukum syarak.

3. Kelayakan ilmiah; iaitu kelayakan dalam bidang ilmu yang sampai ke tahap mampu berijtihad. Mengikut kenyataan Ibn Khaldun bahawa khalifah ialah orang yang melaksanakan hukum Allah. Dia dapat melaksanakannya bila dia mengetahui dan tidak mungkin dapat dilaksanakannya bagi orang yang tidak mengetahui. Untuk itu dia hendaklah seorang yang mujtahid bukannya seorang muqallid. Kerana sifat taqlid adalah suatu kecacatan, sedangkan jawatan ketua negara memerlukan kesempurnaan dalam semua hal(24).

4. Adil; iaitu seorang yang tinggi budi pekerti dan akhlaknya yang merangkumi ciri taqwa dan warak. Mawardi berpendapat bahawa adil disini ialah dia seorang yang bercakap benar, amanah pada zahirnya, bersih diri daripada perkara haram dan daripada perkara dosa, juga bersih daripada perkara yang meragukan, sentiasa tenang dan keadaan biasa dan dalam keadaan marah, kualiti maruahnya dihayati dalam urusan agama dan dunia(25).

5. Menguasai ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran. Ibn Khaldun dalam memberi penjelasan dalam syarat ini berpendapat bahawa ketua negara (Imam) hendaklah menegakkan hukum Allah (hudud), mahir dalam peperangan, dapat memimpin di medan perang, megetahui tentang kekuatan dan kelemahannya, tegas dalam membuat keputusan politik. Maka dengan ini semua dapat dia menjaga agama, berjihad menentang musuh, menegakkan syariat dan mentadbir untuk maslahat umat(26). Mawardi pula menjelaskan syarat ini dengan kenyataan bahawa ketua negara (Imam) hendakalah mempunyai pemikiran yang tajam untuk menjaga siasah umat, pentadbiran yang menjamin kemaslahatannya, berani, berupaya mempertahankan negara dan berjihad menentang musuh(27).

6. Keturunan Quraisy; Syarat ini diterima secara ijma' oleh jumhur ulama. Seseorang yang dipilih untuk menjadi ketua negara mestilah dari keturunan Quraisy, kerana syarat ini telah disetujui secara ijma' oleh sahabat dalam pemilihan Abu Bakar sebagai Khalifah di Saqifah.

Enam syarat yang disebutkan di atas adalah syarat yang disepakati oleh jumhur ulama, tetapi memandangkan kepada perkembangan yang berlaku dalam sejarah politik umat Islam dirasakan oleh sebahagian ulama ada syarat-syarat yang tidak boleh diterima sepenuhnya kerana keadaan dan suasana masyrakaat Islam telah berubah. Antara syarat itu ialah syarat keturunan Quraisy. Syarat ini telah ditolak oleh golongan Khawarij. Ibn Khaldun dalam memberikan pandangan tentang syarat ini berkata bahawa syarat ini dapat diterima selama kekuatan ada pada golongan Quraisy yang berupaya mengikat dan menyatukan umat (Asabiyyah wa al-Ghalab). Kita mengetahui bahawa perkara ini Allah tidak menetapkan kepada generasi tertentu dan umat tertentu. Oleh itu orang yang disyaratkan untuk memimpin dan mentadbir urusan umat ialah orang yang mempunyai kekuatan dan keupayaan menguasai orang lain pada zamannya dan mereka itu tunduk kepadanya dan bersatu dengan pengawalan dan penjagaannya(28).

Selain daripada syarat keturunan Quraisy, syarat kelayakan ilmu sampai ke tahap ijtihad juga diperbahaskan. Syarat ini dirasakan tidak mudah untuk dicapai. Justeru itu terdapat di kalangan ulama yang berpendapat seorang ketua negara tidak semestinya mampu berijtihad tetapi hendaklah dibantu oleh seorang yang mempunyai kelayakan ilmu sampai ke tahap ijtihad untuk menyelesaikan keperluan dan perlaksanaan hukum Allah(29).

PEMILIHAN KETUA NEGARA:

Golongan Ahlul-Sunnah dan jumhur ulama berpendapat bahawa ketua negara hendaklah dipilih secara pilihanraya. Pada pendapat mereka pemilihan Khalifah merupakan ikatan kontrak di antara Khalifah dan umat. Justeru itu istilah yang dipakai dalam kontrak ini "Bai'ah"(30). Berdasarkan ini, kedaulatan Khalifah adalah didapati daripada umat, umat merupakan sumber kekuasaan yang sebenar dan ikatan di antara umat dengan ketua negara adalah ikatan "Kontrak Sosial"(31). Abdul Wahab Khallaf ada menjelaskan tentang kedudukan Khalifah dalam Islam, bahawa ketua negara dalam pemerintahan Islam adalah kedudukannya sama dengan pemerintahan negara-negara yang berpelembagaan kerana Khalifah mendapat kuasa kedaulatannya daripada umat yang diwakilkan kepada "Ahlul-Hal wa al-Aqd". Kedauatan itu kekal bergantung kepada kepercayaan mereka dan keupayannya dalam pemerintahan untuk menjaga kemaslahatan umat. Justeru itu ulama menetapkan bahawa umat boleh melucutkan Khalifah daripada jawatannya dengan sebab-sebab tertentu, kalau pemecatan itu boleh membawa fitnah kepada umat, maka ketika itu hendaklah dilihat mana yang lebih ringan mudaratnya(32).

Dalam pemilihan khalifah, terlibat di dalamnya tiga golongan manusia:
1. Calon Khalifah yang mencukupi syarat.
2. Anggota pemilih yang dipanggil oleh Mawardi "Ahlul-Hal wa al-aqd".
3. Orang awam Muslim(33).

CALON KHALIFAH

Syarat bagi calon Khalifah telahpun dibincang sebelumnya.

SYARAT ANGGOTA PEMILIHAN DAN TUGASNYA:

Anggota "Ahlul-Hal wa al-Aqd" perlu memenuhi beberapa syarat untuk melayakkannya memilih ketua negara supaya pemilihannya tepat. Mengikut penjelasan Mawardi mereka perlu memenuhi tiga syarat iaitu:

1. Adil. Sifat adil yang dikehendaki di sini ialah sebagaimana sifat adil yang
diperlukan pada Khalifah.

2. Berilmu iaitu ilmu yang membolehkannya untuk menilai calon yang layak untuk memegang jawatan ketua negara dengan mengambil kira syarat-syarat yang diperlukan.

3. Kecekapan dan kebijaksanaan dalam memilih calon yang layak dan memilih yang lebih baik, lebih berpengetahuan untuk kebaikan dan kemaslahatan umat(34).

Tugas mereka ialah memilih dan menentukan calon yang layak untuk jawatan itu. Apabila mereka bermesyuarat untuk memilih calon hendaklah meneliti syarat-syarat yang ada pada calon dan memilih serta memberi persetujuan terhadap calon yang lebih baik dan lebih lengkap syarat-syaratnya.

Bilangan anggota "Ahlul-Hal wa al-Aqd", ulama tidak sepakat. Pendapat Mawardi menjelaskan bahawa ulama tidak sepakat pendapat tentang bilangan anggota yang memilih ketua negara (Imam); ada terdapat beberapa pendapat; ada golongan yang berpendapat bahawa tidak sah calon ketua negara melainkan pemilihnya dipersetujui oleh semua anggota ƒAhl al-Hal wa al-Aqd≈ dari setiap negeri supaya persetujuan itu berlaku secara menyeluruh dan penyerahan kuasa kepadanya secara ijmak. Pendapat ini bercanggah dengan apa yang berlaku dalam
pemilihan Khalifah Abu Bakr. Dia telah dipilih oleh anggota yang hadir sahaja dan mereka tidak menunggu anggota yang lain lagi. Ada pendapat yang mengatakan sekurang-kurangnya bilangan anggota yang memilih ialah lima orang yang semuanya sepakat membuat pemilihan atau seorang sahaja yang membuat pemilihan dan anggota yang lain bersetuju dengan pemilihannya.

Pendapat ini bersandarkan kepada dua alasan; pertama cara pemilihan Abu Bakr yang dilakukan oleh lima orang kemudian diikuti oleh orang lain seperti Umar al-Khattab, Abu Ubaidah al-Jarrah, Asid Hudair, Bashir Sa'ad, Salim Maula, Abu Huzaifah. Kedua Umar melantik enam orang anggota syura supaya seorang daripada mereka memilih untuk jawatan Khalifah dengan persetujuan dengan lima anggota yang lain. Pendapat ini dipersetujui oleh kebanyakan fuqaha dan mutakallimin daripada ulama Basrah. Ada pendapat lain daripada ulama Kufah memadai pemilihan dilakukan oleh tiga orang anggota sahaja dengan seorang memilih dan dipersetujui dengan dua orang yang lain. Mereka dianggap sebagai seorang Hakim dan dua orang saksi, sebagaimana sah aqad nikah dengan seorang wali dan dua orang saksi.

Ada pendapat lain pula yang menyatakan bahawa sah pemilihan itu dibuat seorang anggota sahaja. Ini berdasarkan kepada Abbas yang berkata kepada Ali: ƒhulurkan tangan engkau aku memberi kesetiaan kepada angkau≈. Orang berkata, ƒBapa saudara Rasulullah memberi kesetiaan kepada anak saudaranya, maka jangan kamu mempertikaikan keduanya. Itu adalah hukum dan ia adalah sah≈(35).

Sah dengan pemilihan seorang anggota bukan bermakna calon yang dipilih telah sah menjadi ketua negara. Apa yang berlaku dalam pemilihan Abu Bakr kalau pencalonan Umar tidak dipersetujui oleh pihak lain, kelompok kaum akan bertelagah dan tidak dapat ditentukan mana satu golongan yang kuat dan mana pula yang lemah.

Justeru itu ikatan Imamah tidak akan berlaku, sedangkan syarat utama ikatan itu ialah perlu adanya kekuatan ƒShaukah≈, kesatuan hati, kesepakatan zahir dan batin untuk itu, kerana tujuan tuntutan mewujudkan Imam ialah untuk menyatukan umat ketika berlakunya pertentangan kerana dorongan nafsu. Kuasa tidak dapat ditegakkan tanpa persetujuan majoriti yang diambil kira pada setiap zaman(36).

MASYARAKAT AWAM

Pemilihan ketua negara tidak terhenti setakat pemilihan anggota ƒAhl al-Hal wa al-Aqd≈, tetapi ia memerlukan proses persetujuan rakyat umum terhadap calon yang telah dipilih oleh anggota ƒAhl al-Hal wa al-Aqd≈. Persetujuan majoriti umat ini dilakukan secara terbuka sebagaimana yang berlaku pada pemilihan ini seorang calon ketua negara disahkan menjadi ketua negara Islam.

PENYERAHAN KUASA DARIPADA KHALIFAH KEPADA PENGGANTINYA

Pemilihan ketua negara Islam mengikut proses pilihanraya tidak selamanya berlaku, tetapi terdapat Khalifah menyerahkan kuasanya kepada penggantinya sebelum dia meninggal. Sebilangan besar di kalangan fuqaha« menerimany sebagai sah. Mawardi ada menjelaskan tentang ini katanya, ƒAdapun menyerah kuasa Imamah kepada orang tertentu yang dipilihnya, mengikut ijmak adalah sah kerana ada dua alasan; pertama Abu Bakr menyerahkan kuasa kepada Umar dan umat Islam menerima penyerahan itu sebagai sah. Kedua, Umar menyerahkan kuasa kepada anggota ahli syura, mereka menerimanya dan mereka adalah orang yang penting ketika itu dengan berkeyakinan bahawa penyerahan itu adalah sah, sedangkan sebahagian sahabat yang lain tidak termasuk anggota ahli syura. Justeru itu penyerahan kuasa demikian dikira sebagai ijmak(38).

Penyerahan kuasa ada juga berlaku dalam pemerintahan Islam dalam warisan apabila negara Islam menerima system beraja dalam pemerintahannya. Pemindahan kuasa secara warisan ini juga diterima oleh ulama sebagai sah. Demikan juga jika kuasa pemerintahan itu dipegang oleh orang yang kuat dan mengisytiharkan dirinya sebagai ketua negara, mengikut Abu Ya«ala al-Fara adalah sah dan meletakkan keadaan ini sebagai satu suasana dharurah yang mengharuskan membuat perkara yang dilarang(39).

Imam Ghazali juga ada memberi pandangan tentang ini. Beliau berpendapat bahawa apabila syarat-syarat yang diperlukan untuk kelayakan seorang menjadi ketua tidak dapat dipenuhi dan kuasa itu dipegang oleh seorang yang mempunyai kekuatan (shaukah) dan fasik, sesiapa yang melantiknya maka pemarintahannya sah sebagaimana sahnya pemerintahan orang yang zalim (bughat)(40).

KERAKYATAN NEGARA ISLAM:

Kerakyatan negara Islam diasaskan di atas dua asas; pertama kepercayaan agama dan kedua ialah ikatan perjanjian kemasyarakatan di mana seseorang itu berada. Kerakyatan bagi Muslim ialah kerana kepercayaan agama dan bagi bukan Muslim kerakyatannya melalui ikatan perjanjian kemasyarakatan yang dipanggil ƒAqd al-Dhimmah≈. Dengan perjanjian ini mereka menjadi rakyat negara Islam seperti Muslim yang mendapat hak dan menanggung tanggungjawab.

Adapun golongan bukan Islam yang dating ke negara Islam untuk mendapat perlindungan maka mereka diletakkan di bawah perjanjian khas yang dipanggil ƒAdq al-Musta«min≈. Dengan perjanjian ini mereka diberi perlindungan dan mereka hidup mengikut ajaran agamanya(41).

Golongan bukan Islam yang mendapat taraf kerakyatan diberi kebebasan bersuara dan memberi pendapat, bebas beragama, boleh melakukan ibadat di rumah mereka dan menghayati syiar agamanya. Mereka boleh mengikut ajaran agamanya dalam bidang muamalat dan acara selama mereka tidak membawa masalah pertikaiannya kepada pihak Islam. Pemerintahan Islam berkewajipan melindungi mereka di segi nyawa dan harta daripada pencerobohan. Kalau mereka diceroboh, hukuman qisas dikenakan ke atas penjenayah, dibayar ganti rugi kepadanya jika berlaku pembunuhan. Jika jenayah melibatkan harta dibayar ganti rugi atau dipulangkan jika masih ada. Pemerintahan Islam juga berkewajipan melindungi mereka daripada serangan luar. Mereka berhak mendapat tempat tinggal, hak bermaustatin, hak berpindah dalam negara Islam selain daripada Mekkah dan Semenanjung Tanah Arab secara amnya. Perempuan mereka dibenarkan berkahwin dengan lelaki Muslim dan sembelihan mereka harus dimakan jika mereka daripada golongan Ahl al-Kitab. Mereka boleh mewarisi harta di antara mereka dan saksi mereka diterima dalam keadaam darurah dan mereka dikenakan hukuman jenayah Islam. Mereka diminta supaya menjaga kedudukan masyarakat Islam supaya tidak terganggu, menjaga keamanan dalam negeri dan daripada gangguan pihak luar. Mereka tidak dibenarkan memperdaya Muslim supaya menganut agama mereka atau menghalang kafir dhimmi daripada menganut Islam. Mereka ditegah daripada mendedahkan perbuatan mungkar dalam semua bentuknya, atau membina rumah ibadat lain daripada tempat yang dipersetujuinya(42).

Golongan kafir dhimmi ini merangkumi penganut Yahudi, Kristian dan Majusi. Demikian juga kaum musyrik selain daripada musyrik Arab. Ibn al-Qaiyyum dalam mengulas pandanagn mereka yang berpendapat bahawa orang musyrik termasuk dalam golongan kafirdhimmi katanya, Hukum tentang Ahl al-Kitab diambil daripada al-Qur«an dan hokum tentang semua golongan kafir diambil daripada Sunnah. Rasulullah mengambil Jizyah daripada orang Majusi yang menyembah api, dari sudut ini (kepercayaan) mereka tidak ada beza dengan golongan musyrik yang lain(43).

PRINSIP-PRINSIP NEGARA ISLAM

Negara islam ditegakkan di atas empat prinsip yang penting
1. Prinsip Syura
2. Prinsip Keadilan
3. Kebebasan
4. Persamaan
1. Prinsip Syura

Asas kepada prinsip syura ini ialah firman Allah s.w.t. Maksudnya: "Bermesyuaratlah dengan mereka dalam satu-satu urusan"(44) dan firmanNya yang bermaksud, "Dan urusan mereka hendaklah bermesyuarat di antara mereka"(45).

Ayat-ayat ini memerintahkan supaya bermesyuarat dalam perkara yang melibatakan urusan orang-orang Muslaim. Dalam amalan Rasulullah s.a.w, prinsip ini adalah dijalankan, baginda bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya dalam urusan-urusan kepentingan umat dan negara seperti dalam peristiwa peperangan Badar(46) dan Uhud(47). Demikian juga amalan para sahabat-sahabat, banginda Abu Bakar bermesyuarat untuk mengambil tindakan ke atas orang-orang murtad(48), Saidina Umar bermesyuarat untuk menyelesaikan tanah rampasan perang≈.

Mereka juga bermesyuarat untuk mengambil tindakan mengumpul(49) dan menyalin menyusun al Qur«an(50).

Jadi, amalan prinsip syura ini adalah lumrah dalam pimpinan Islam dalam segenap peringkatnya.

2. Prinsip Keadilan(Justice)
Keadilan yang dimaksudkan di sini,ialah keadilan mutlak yang digariskan oleh Islam yang mengatasi segala kepentingan peribadi,keluarga,kelompok dan sebagainya,sekalipun terhadap musuh dan terhadap golongan non-muslim. Allah berfirman maksudnya,≈Apabila kamu memberi saksi hendaklah dengan adil sekalipun hal itu mengenai keluarga.Janji Tuahn hendaklah kamu patuhi. Itulah yang dipertingkatkan kepada kamu,mudah-mudahan kamu ingat≈(52). Rasullah s.a.w. bersabda maksudnya,≈Siapa yang menyakiti Dhimmi akulah musuhnya≈(53). Maka prinsip keadilan ini menjadi asas dalam amalan pemerintahan Islam yang melibatkan seluruh golongan dalam masyarakat.

3. Kebebasan
Prinsip kebebasan juga menjadi asas amalan dalam pemerintahan Islam. Kebebasan itu diberikan kepada rakyat yang tunduk dibawah pemerintahan Islam sama ada dari golongan Muslim atau bukan Muslim. Oleh sebab manusia diberi hak kebebasan memilih maka hal ini perlu diberikan kepada semua individu. Islam memberi kebebasan beragama, kebebasan dalam memiliki harta, kebebasan bergerak dan berpindah(54). Kebebasan bercakap dan memberi pendapat hendaklah dalam ruang yang tidak mencabuli kepentingan undang-undang syara« dan ketenteraman kehidupan masyarakat yang menjadi asas kepada undang-undang negara. Kalau
pendapat itu tidak lagi diberi peluang,kerana itu akan menjejaskan autoriti dan masyarakat Islam. Kebebasan itu adalah dengan falsafah negara, system politik dan perundangannya. Lantaran itu mereka yang murtad dalam negara Islam dianggap sebagai pengkhianat (treason).

4. Persamaan
Prinsip persamaan ini ialah setiap kaum adalah sama sebagai rakyat di antara satu sam lain dalam hak,kebebasan dan tanggungjawab di hadapan undng-undang.Islam dalam melaksanakan prinsip ini secara umumnya berlaku dalam kehidupan rakyat negara Islam tetapi dalam beberapa hal ada perbezaaannya di antara rakyat yang mendokong negara dan rakyat yang tidak mendokong ideology negara tetapi patuh kepada pimpinan negara.Prinsip equality ini diterima oleh Islam dalam konteks penyelarasan dalam perhubungan manusia secara umum. Allah berfirman maksudnya, ƒHai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu dari golongan lelaki dan perempuan.Kami jadikan kamu dari berbagai bangsa dan suku kaum,supaya kamu
dari berkenalan,sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu disisi Tuhan ialah bertaqwa≈(55). Manusia tidak ada bezanya di antara satu dengan yang lain dalam penilaian Allah di segi keturunan,warna kulit,bahasa dan kebudayaan,tapi perbezaan itu terletak kepada ketaqwaannya.

Rasullah s.a.w. bersabda maksudnya, "Kamu semua dari Adam dan Adam dari tanah,tidak ada perbezaan di antara orang Arab dengan orang bukan Arab kecuali dengan taqwa≈(56). Berdasarkan prinsip inilah Rasulullah s.a.w.menegaskan dalm perlaksanaan undang-undang dalm sabdanya yang bermaksudnya, "Demi Allah sekiranya Fatimah mencuri aku potong tangannya≈(57).

Dan nabi pernah melaksanakan hokum rejam kerana kesalahan berzina ke atas Muslim dan non-Muslim(58).

MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM

Berdasarkan kepada pandangan Muhamad Abu Zahrah yang meletakkan cirri Islam berasaskan kepada majoriti penduduk Muslim dan keamanan, maka Malaysia juga merupakan sebuah negara Islam bukan sahaja dilihat di segi pendudukan majoriti Muslim dan keamanan, tetapi juga dilihat daripada pengalaman sejarah, kedudukan undang-undangnya serta pemimpin negara Muslim.

PENGHAYATAN ISLAM DI ZAMAN KESULITAN MELAYU

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan pilitik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

PENGHAYATAN ISLAM BERTERUSAN BERLAKU DI ZAMAN PENJAJAHAN

Proses Islamisasi Undang-undang & Sosio-Budaya dan Politik tergugat dengan kedatangan penjajah British, tetapi tidak banyak terjejas di zaman Portugis dan Belanda. Di zaman penjajahan British peranan Undang-undang Islam diperkecilkan bidang perlaksanaannya & golongan yang terlibat dengan Undang-undang Islam, iaitu hanya untuk orang-orang Islam dan bidangnya hanya bidang undang-undang diri dan kekeluargaan. Sesungguhnya begitu, kita dapati dalam bidang-bidang yang lain, seperti pendidikan agama, kehidupan keagamaan dan kehidupan individu dan keluarga serta masyarakat masih diberi ruang untuk dihayati dan tidak diganggu-gugat. Justeru itulah kita dapati perkembangan Islam dan penghayatannya masih dapat dipertahankan.

PENGHAYATAN ISLAM DI ZAMAN KEMERDEKAAN

Kemerdekaan Malaysia yang dicapai pada 31 Ogos 1957 adalah usaha daripada UMNO, yang dipimpin oleh Tungku Abdul Rahman. UMNO cuba menunjukkan kekuatannya kepada pihak berkuasa British dengan menggabungkan parti China (MCA) dan parti India (MIC) dalam gagasan ƒPerikatan≈, dengan mengekalkan identity parti masing-masing dalam perkara-perkara tertentu.

Berasaskan perikatan ini didapati penyarikatan kuasa politik berlaku antara etnik China, India dan Melayu, tetapi walau bagaimanapun UMNO masih merupakan kuasa politik dominan dalam pemerintahan. Sejak daripada tahun 1957 sehingga kini kedominan parti UMNO dapat dipertahankan dalam menguasai pemerintahan negara. Sungguhpun UMNO sebuah parti secular, pendukung-pendukungnya adalah dari golongan Melayu Muslim yang masih sensitif kepada Islam kerana adanya sensitivity ini didapati kedudukan Islam dan orang Melayu Islam ada keistimewaan-keistimewaan tertentu dan begitu juga intitusi-intitusi Islam di peringkat negeri dan pusat masih diberi kedudukannya yang tersendiri.

Sejak daripada tercapainya kemerdekaan, perhatian kepada pembangunan masyarakat Islam terus berlaku dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial. Cuma yang agak tersekat dalam proses Islamisasi ialah bidang undang-undang yang disegi kenyataannya untuk dibuat perubahan secara menyeluruh terhalang disebabkan beberapa peruntukan yang ditinggalkan oleh penjajah dalam perlembagaan, Undang-undang Federal dan Pusat.

Undang-undang yang agak ketara percanggahannya adalah di bidang jenayah hudud, adapun di bidang jenayah membunuh & mencederakan sebahagian daripada prinsip dan hukumnya tidak banyak beza dengan Islam, demikian juga dalam hukum ta'zir kesalahan-kesalahan maksiat. Selain daripada itu dalam muamalat hanya unsure riba yang ketara bercanggah dengan Islam, tetapi dalam bahagian yang lain tidak banyak percanggahannya. Dalam bidang kekeluargaan didapati sepenuhnya undang-undang Islam dilaksanakan, kecuali negeri yang masih berpegang, kepada adat perpatih.

Dalam proses meneruskan Islamisasi di bidang undang-undang didapati peruntukan-peruntukan khas diwujudkan untuk kepentingan Islam dan masyarakat Islam seperti Akta Bank Islam, Akta Takaful, Falsafah Pendidikan Negara, Akta Universiti Antarabangsa, Akta Kooperasidan sebagainya. Melihat kepada perkembangan ini ternyata proses Islamisasi berterusan berjalan dengan adanya ruang peruntukan dalam Undang-undang Negeri & Persekutuan, Cuma yang perlu diusahakan ialah bahagian-bahagian tertentu dalam Undang-undang Federal, Perlembagaan dan undang-undang Negeri yang menghalang perlaksanaan Islam yang menyeluruh perlu dipinda.

SISTEM DEMOKRASI & PENGHAYATAN ISLAM

Selepas merdeka kita didedahkan dengan system demokrasi berparlimen, yang ditaja oleh penjajah British sebelum Malaysia diberi kemerdekaan. Untuk melaksanakan sistem demokrasi dalam pemerintahan maka parti politik ditubuhkan. Dalam system berparti ini terdapat peruntukan untuk parti pemerintah & parti pembakang. Dilihat dari sudut Islam sistem demokrasi ini dapat diterima dari satu sudut iaitu memberi suara kepada rakyat memilih pemimpin mereka secara bebas dan terbuka tetapi yang tidak cocok dengan Islam ialah ia membelah umat berterusan kepada dua kelompok, kelompok pemerintah dan kelompok pembangkang yang menentang pemerintah dalam ruang terbatas. Sedangkan dalam Islam mengajak kepada kesatuan umat dan mendekatkan jurang pemisahan di antara kelompok, bukan meluaskan jurang.

Walau bagaimanapun kenyataan ini wujud di hadapan kita dan kita terpaksa menerima sistem ini dengan dibuat perhitungan bahawa sistem ini bukan suatu kebenaran mutlak dan ia adalah tajaan penjajah yang masih meneruskan polisinya "divide & rule". Dalam percaturan politik yang berlaku sekarang ini orang Melayu Muslim masih mengusai kuasa politik negara di peringkat pusat dan negeri, golongan lain dalam ikatan barisan masih berada di bawah kawalan kerajaan kecuali beberapa buah negeri seperti Sabah & Kelantan yang dikuasai pembangkang.

Kalau diambil asas yang masakini iaitu kuasa politik Melayu Muslim masih ada sebagai titik tolak untuk menyatukan Kelompok Islam, dengan mengambil kira Islam sebagai asas dalam penyelesaian kuasa politik dan cuba menjauhkan titik-titik perbezaan serta mencari titik-titik persamaan yang membina, maka dirasakan ini lebih bermanfaat untuk kekuatan masa depan politik orang Islam. Kalau tidak kita berterusan menjadi alat idea penjajah ƒdivide & rule≈ yang kita sendiri memecahkan kelompok kita dengan tangan kita sendiri. Oleh itu bagi memudahkan proses penyatuan umat di masa depan kita perlu menerima sebagai suatu kenyataan bahawa negara ini ialah sebuah negara Islam. Dengan menerima negara ini sebagai sebuah negara Islam bukan bermakna ianya telah selesai segala tuntutannya. Kesempurnaannya perlu kepada pengisian daripada kita, sama juga seorang Muslim yang diakui sebagai Muslim selepas mengucap dua kalimah syahadah bukan bermakna Muslimnya sudah sempurna, kesempurnaan Islamny bergantung kepada proses peningkatan ilmu & penghayatan Islam pada dirinya.

KESIMPULAN

Berdasarkan kepada perbincangan di atas kita dapat membuat beberapa kesimpulan berikut :

1. Tidak ada kesepakatan dikalangan ulama tentang kriteria negara Islam kerana tidak terdapat nas Qat'i yang menentukannya.Justeru itu ulama berbeza pandangan dalam ijtihadnya dalam menentukan cirri-cirinya. Ada yang mencirikan bilangan majoriti Muslim sebagai penentu dan ada mencirikan perlaksanaan syari«ah sebagai penentu.

2. Dalam pengalaman sejarah politik Islam tidak terdapat penentuan cara yang tetap dalam pemilihan pemimpin negara. Ada secara pemilihan terbuka dan ada secara warisan, tetapi semua bentuk pemimpin yang ditentukan itu diterima sah oleh ulamak yang membincangkan teori politik Islam.

3. Ulamak juga tidak sepakat pendapat tentang syarat-syarat yang ditetapkan bagi ketua negara, kecuali beberapa syarat sahaja seperti keupayaan jasmani, kelayakan undang-undang, adil, kelayakan ilmu siasah, peperangan dan pentadbiran.

4. Kerakyatan negara Islam sama ada Muslim atau bukan Muslim adalah sama disegi hak dan kewajipan kecuali perkara-perkara khusus yang dikecualikan. Mereka dikira sebahagian daripada umat Islam (ummatun min al-Muslimin).

5. Malaysia adalah sebuah negara Islam berdasarkan kepada majoriti penduduk Islam, keamanan yang dinikmati, perlaksanaan undang-undang Islam sebahagian besarnya dan kepimpinan negara dikuasai oleh orang Melayu Muslim.

PENUTUP

Dengan penerimaan negara ini sebagai sebuah negara Islam menimbulkan beberapa implikasi dalam kehidupan Muslim.

1. Muslim berhak menuntut pemerintah melaksanakan Islam sepenuhnya kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai pemerintah Islam.

2. Muslim dapat hidup dengan harmoni dan dapat berusaha meningkatan produktiviti untuk kepentingan Islam, kerana terdapat sikap baik sangka antara satu dengan yang lain.

3. Menimbulkan tanggungjawab yang lebih kepada Muslim untuk melaksanakan Islam di mana saja dia berada, kerana tidak dirasakan ada sesuatu yang bercanggah yang patut dielakkan dalam kehidupannya.

4. Membina sikap positif dan membuat kritikan yang membina untuk kepentingan Islam, serta berpatisipasi dalam memenuhi tuntutan Islam di mana saja ada kekurangan.

5. Setiap individu Muslim merasa berkewajipan untuk membangun negara dan umatnya dalam keupayaan masing-masing.

Demikianlah sedikit penjelasan mengenai betapa pentingnya perpaduan dalam menentukan kesinambungan kepimpinan Islam dalam negara ini. Tanpa kesedaran yang tinggi dan usaha yang gigih dan teratur, masa depan kepimpinan Islam masih belum pasti. Ayuhlah bersama menjayakannya.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia http://www.islam.gov.my

Is It Racist to Talk About Race?

Is it racist to talk about race? Yes, it is. And for Muslims, not only are they racists, but also “fasiq” and “munafiq”. [See Raja Petra Kamaruddin's posting here]. As Muslims, they have to be fair and just and treat others equally. They cannot talk about themselves being Muslims, assert their identity or fight for their rights. As majority of Muslims in this country are Malays, they also cannot talk about themselves being Malays, assert their Malay identity or fight for Malay rights. If they do, not only are they racists, but also fasiq and munafiq. Perhaps, Benedict Anderson has to come up with a whole new book on this new form of religio-nationalism.

Going by this logic, then this country was built by the “fasiqun” and “munafiqun”. Our forefathers who talked about Malay interests, Chinese interests or Indian interests when they negotiated for independence back in 1957 were “fasiqun” and “munafiqun”. [Well, perhaps, non-Muslim Chinese and Indian leaders should not be capped under the same category of “fasiqun” and “munafiqun” I guess, unless there are equivalent concepts in Buddhism and Hinduism]. Not only that, the Malays who attended Malay College of Kuala Kangsar (MCKK) - an elite school specially built for the sons of Malay aristocrats and royalties - were also “fasiqun” and “munafiqun”. The list will go further down to include all Malays who received scholarships from the government, worked in the civil service or secured government contracts [Again, non-Malay/non-Muslim tycoons who received awards of multi-billion ringgit worth privatization projects should not be capped under the same category, unless there are equivalent concepts under their religions].

Again, if there are equivalent concepts of “fasiqun” and “munafiqun” in Buddhism, Hinduism, Christianity, Taoism and Sikhism - going by RPK's logic - the non-Muslim Chinese and Indians who attended Chinese and Tamil vernacular schools are also “fasiqun” and “munafiqun”. The same goes to non-Muslims who promote the rights and interests of their respective religious communities. The Chinese educationists as well as the members of Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) will be shocked to find that they are actually in the same category as those people in ABIM and PAS. The same goes to supporters of UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP and DAP. PKR supporters too, I believe, are not spared from this trap.

Pheww … then we suddenly realize that almost everybody in this country is racist, fasiqun and munafiqun. So, let’s talk about race - and religion - anyway.

I’m not trying to be sarcastic about this. My point is, it is not wrong to talk about race or to promote the interests of one’s ethnic (or religious) community as long as it remains within the confine of the law and is done with full respect and understanding of other communities’ concerns and needs.

We also have to come to grasp with political realities of our Malaysian society. This society was built not so much on the sweat and blood of territorial fighters, but on the compromises achieved by different ethnic communities who believed that for them to share a home they called Malaya, they should - to certain extent - forego some of their “redemptive rights”.
Let's have a short journey to history.

In the formative years of modern Malayan society, different ethnic communities who inhabited Malaya held different visions about their place in the new state that they would give their loyalty to. Achieving communal compromises was therefore not an easy task.
The Malays believed that they were the original inhabitanst of this land and they should therefore have the final say in determining the terms of the communal compromises. In a memorandum sent to the Cheeseman Consultative Committee on the Constitutional Proposals in 1947, the Malay Association of Ulu Terengganu said:

Malaya is a Malay country which has been acknowledged to belong to the Malays from time immemorial. Therefore, (the position of Malay language) is extremely important and must be given priority …. If the Malay language is not given preference, the Malay race may be regarded as not being in existence and it means that this country does not belong to the Malays … the religion of Islam should be included in the proposals otherwise Islam may be endangered by Christianity and other religions

The Ceylon Federation of Malaya said:

The Ceylonese community came in large numbers to assist the development of Malaya … They had made Malaya their permanent home … and …with traditional loyalty and conservatism have given their entire lives exclusively to the service of Their Highnesses and the British administrators, while other races ventured into vocations of great gains, namely, planting, mining, trading and industry.

As such, the federation argued, it would only be appropriate if the residential requirement for Malayan-born Ceylonese was relaxed, the interests of Ceylonese government servants and of those in other employment should not be jeopardized, and the Ceylonese community be represented in the Federal Legislative Council.

In asking for generous citizenship requirements, the Indian Association of Terengganu claimed:

Men’s memories are short and hence the tendency is to regard Indians as unwelcome intruders whose contribution to Malayan economy is nil and their only contribution is to the English language of the word “coolie” which has found a place in school text-books … the Malay community may be excused for short memories but the Raj cannot dispute the contributions of India and Indians to the extension of its influence in this part of the world from the founding of Singapore in the early part of the nineteenth century to the liberation of Malaya a few months ago.

The Chinese also claimed that they too had contributed a lot to the country and therefore should be given more rights. Two Chinese leaders, HS Lee (later Tun) and Leong Yew Koh (later Tun), who sat on the Cheeseman Consultative Committee argued that the Chinese and Malay population were about equal, and by reason of their early association with Malaya, a great number of Chinese had as good claim to be regarded as the sons of the soil as the Malays.


They also argued that as the Chinese had to pay about 70 percent of the total taxes in the country, they had borne a greater burden in the country’s economic development. Apart from that, they reminded that the Chinese had made a noble contribution toward the defence of Malaya and borne the brunt of the Japanese fury and terrorism during the Japanese occupation. This, they said, was the price for, as well as the symbol of, the Chinese community’s loyalty for the country. As such, the two Chinese leaders demanded that the number of Chinese representatives in the Federal Legislative Council should be about equal to the number of Malay representatives. All Malayan-born Chinese should also automatically acquire Federal citizenship.


Even a multi-communal coalition of Malay left associations, radical-nationalist political parties, Chinese-based associations and trade unions called PUTERA-AMCJA, apart from demanding a united Malaya inclusive of Singapore, self-government through a fully elected central legislature for the whole of Malaya and equal citizenship rights also talked about race and religion. They demanded that the Malay Sultans should assume the position of fully sovereign and constitutional rulers; matters pertaining to Islam and Malay custom should be under the sole control of the Malays; and special attention should be given to the advancement of the Malays. [The last three demands were proposed by PUTERA, a coalition of Malay left associations].


By the time Malaya gained independence in 1957, a formula of communal compromise was agreed upon by the leaders of the Alliance parties. The main thrust of this formula was the preservation of special position of the Malays and the safeguarding of legitimate interests of other ethnic communities.

While moving the constitutional proposals for the independent Malaya in the Federal Legislative Council in July 1957, Tunku Abdul Rahman spoke about the communal formula which laid the basis for the Federal Constitution:

A formula was agreed upon by which it was decided that in considering the rights of the various peoples in this country no attempt must be made to reduce such rights which they have enjoyed in the past. As a result you find written into this Constitution rights of the various peoples they have enjoyed in the past and new rights, in fact, accorded to new people whom it was the intention to win over into the fold of the Malayan Nation. I refer to the Citizenship rights. It is a right which has given the Malays very grave concern and fear. Nevertheless because of their desire and anxiety to put Malaya on the pedestal as an Independent Nation, they are prepared to give that right to the new people.

There was no smooth sailing for the formula though. A Chinese legislator remarked that the Constitution created two classes of citizens. He argued:

The second class citizens may say that since we are only entitled to three-fourths of the special privileges, therefore, we in the like proportion will bear only the three-fourths of the responsibilities. I say that in time to come it will create discord and dissatisfaction … I think that all the Chinese and the non-Malays will agree that a greater share of the privileges must go to the Malays until they reach parity of wealth with the non-Malays … [but] if the provision is put in the permanent part of the Constitution it will tarnish the fair name of our country. The world would say that in this country you have one law for one race, another law for another race.

An Indian legislator joined the fray. Arguing that no majority groups in any country in the world sought protection under the country’s Constitution, he warned:

This special position of the Malays has acted to the detriment of the Malays – not the non-Malays. The non-Malays have improved because they are not given a special position … if the Malays had had competition, keen competition, from the other communities, they will be as much forward economically as the other races.

Defending the Malay special privileges, a Malay legislator, Encik Ghafar Baba (later Tun) said:

It should be noted that even the proposals by the Alliance have not satisfied the entire Malay masses of the Federation. There are sections among them who have claimed that as natives of this country they deserve things far greater than what had been decided by the Alliance, but to be fair to the other races the UMNO had to steer a middle course; … Sir, I am surprised to learn that some sections of the population are demanding for equal rights in addition to their demand for relaxation of the present citizenship law … to these people I would say that their action is nothing but merely directed to arouse the anger of the Malays … this (further) relaxation, if carried out, would reduce the Malays to a minority in their own country in a few years time.

To this, Tan Siew Sin (later Tun) of MCA said:

The Malays cannot be expected to give up what they already have in the same way that they do not expect the other communities to give up their existing rights. Far more important, however, is the indisputable fact that as a race the Malays are economically backward and well behind the other races in the field … It has also been asked why it has not been explicitly stated that this provision is only temporary. I would remind our critics that the Malays are a proud and sensitive race. They are also an intelligent race, and I know that they appreciate the significance and implications of this provision far better than most people realize. I have no doubt in my mind whatsoever that when the time comes, the Malays themselves will ask for its abolition, but this is a matter which we must obviously leave to them to decide.

Lashing out at the critics of the communal compromise, V.T Sambathan (later Tun) of MIC said:

We hear it spoken, Sir, of first class and second class citizenship. Is the first class citizen one who is badly provided with roads, has leaky roof over his head, cannot even get a doctor on a rainy-day even if his child is badly ill? Is that person, be he in the kampong or estate or new village, the first-class citizen or is it he who has a bungalow in the Federal Capital, one possibly in the Cameron Highlands and a couple more at a seaside resort who is the first class citizen, I ask … An unbalance exists and it exists for various reasons. It may be that colonial rule, with all its defects, its sins of omission, has rendered these things so. Freedom with its new outlook and an economy based for the purpose of helping the people will certainly solve most of these problems.

Looking back in retrospection, all that had been said by our forefathers some fifty years ago are still not far off from us now. We are still listening to the same arguments, the same concerns, the same polemics. Racial (and religious) interests, alongside with the more "expressive" issues of human rights and freedoms, will continue to be one of the main planks of political discourse in multiracial and multireligious Malaysia. We can't terminate those concerns, but with a bit of wisdom we can surely manage it well beyond expectation. May be it is time for us, the children of this blessed land, to once again embrace the spirit of tolerance, compromise and mutual respect, as was examplified by our forefathers, so that we can move forward with vigour and resilience as one united nation.



By: Marzuki Mohamad, Phd. (marzukimohamad.blogspot.com)

Islam Dalam Dimensi Perjuangan Umat Islam Melayu

ABIM telah melangsungkan Muktamar Sanawi Kali ke 37 pada bulan Ogos lepas. Pada tahun ini, perubahan yang telah berlaku di dalam Pilihanraya Umum ke 12 telah mencetuskan pelbagai isu yang menyinggung secara langsung nasib umat Melayu Islam di negara ini., lantas menyebabkan ABIM memilih tema Memperkasa Perjuangan Bangsa dan Agama dalam menyemarakkan sambutan muktamar pada tahun ini adalah . Ikuti temubual wartawan Risalah (WR) ABIM dengan Presiden ABIM, Tuan Haji Yusri Mohamad(THYM).

WR: Bagaimanakah ABIM menempatkan dirinya dalam era pasca PRU 12 ini?

THYM : Secara asasnya, tidaklah menjadi satu persoalan atau isu yang besar bagi ABIM untuk menempatkan dirinya dalam konteks pasca pilihan raya, sama ada PRU 12 atau mana-mana pilihan raya. Sebagai pertubuhan Islam non-partisan yang pendekatannya adalah untuk menggerakkan islah tetapi menerusi kaedah dakwah, pendidikan dan menimbulkan kesedaran maka datang dan perginya pilihan raya bukanlah sesuatu yang terlalu menentukan dalam kerangka pergerakan ABIM. Bagi ABIM sesiapa jua yang menang atau kalah di dalam kancah pilihan raya, ABIM harus tetap berperanan dan bergerak sesuai dengan idealisme perjuangannya. Jadi, prinsip non-partisan ini menjadi premis asasi bagi ABIM dalam berhadapan dengan situasi seumpama ini.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama, ABIM tidaklah bersikap tidak endah atau tidak peka pada senario atau perubahan politik. Kita akui bahawa pilihan raya umum ke 12 yang lepas ini bukanlah pilihan raya biasa. Keputusan pilihan raya ke 12 ini adalah sangat berbeza dan berlainan daripada keputusan pilihan raya-pilihan raya yang diadakan sebelum ini. Sudah pasti keputusan pilihan raya yang agak berbeza pada kali ini perlu difahami,dianalisis dan dibaca setepat mungkin. Walau pun berprinsip non-partisan, ABIM sebagai sebuah gerakan yang bergerak di tengah-tengah masyarakat turut menangani isu-isu politik dan turut menyuarakan pandangan-pandangan dalam isu-isu yang berkaitan politik. Memandangkan persoalan kuasa dan politik mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada masyarakat maka sudah tentulah kita perlu membuat bacaan setepat mungkin terhadap keputusan dan makna sebenar di sebalik keputusan pilihan raya ke 12 ini.

ABIM melihat bahawa PRU 12 ini cuba diberi pelbagai tafsiran yang tidak semuanya betul atau tepat. Jadi ABIM turut perlu memainkan peranan untuk memberikan tafsiran yang dirasakan lebih tepat dan mewakili realiti sebenar yang melingkungi suasana PRU 12 ini.


WR: Boleh saudara jelaskan mengapa Muktamar Sanawi pada tahun ini mengangkat gagasan “ Memperkasa Perjuangan Agama dan Bangsa”?

THYM: ABIM melihat bahawa di dalam kepelbagaian tafsiran yang wujud ini, terdapat beberapa tafsiran yang seakan-akan cuba untuk menggambarkan PRU 12 ini sebagai satu petanda atau isyarat bahawa telah berlaku suatu departure atau perubahan yang sangat mendasar dan menyeluruh. Cara berfikir masyarakat dilihat berubah sehinggalah melibatkan soal-soal asas-asas struktur dan kerangka masyarakat itu sendiri termasuk persoalan agama dan bangsa. Sehingga ke tahap seolah-olah formula kedudukan agama dan bangsa, khususnya di dalam Perlembagaan di negara ini sudah tidak relevan dan perlu dirombak. ABIM dapat merasakan faham-faham sebegini secara halus cuba diselitkan dalam tafsiran keputusan PRU 12 ini.

Kita tidak menafikan bahawa memang ada perkara yang berubah, ada rasa ketidakpuasan hati terhadap beberapa aspek di dalam status quo, ada arus tuntutan agar perubahan dilakukan, dan kita turut bersetuju bahawa ada perkara yang perlu diubah. Tetapi perubahan tersebut ada batasnya. Tidak semuanya perlu dirombak dan sudah ketinggalan zaman. Maka dengan ini kita ingin pertegaskan dan pertahankan apa yang tidak wajar dibuang berkaitan idealisme dan aspirasi perjuangan agama dan bangsa. Bagi kita aspirasi dan idealisme yag meletakkan agama dan bangsa dalam kedudukan yang istimewa dalam kerangka negara bangsa Malaysia perlu dipertahan dan diperkasa. Inilah sebab mengapa kita memilih tema ini sebagai tema muktamar pada tahun ini.

Kita nampak ada kecenderungan untuk cuba memperlekehkan persoalan-persoalan ini dan cuba untuk menyatakan bahawa semua ini bukan lagi sesuatu yang tidak lagi menjadi masalah, tak relevan dan non-issue. Sebagai contohnya, dalam isu kemuafakatan antara pemimpin politik Melayu-Islam, ada yang mencemuh syor mengadakan Muzakarah dengan begitu kasar sekali. Pada hemat saya, ini adalah sesuatu yang tidak wajar. Kita harus bezakan antara political manouvering oleh orang-orang politik dan soal semangat kebersamaan dan persaudaraan seagama dan sebangsa. Ini semua tidak salah atau bertentangan dengan Islam.

Namun kita dapati soal ini sering mendapat tentangan dan serangan pihak tertentu seperti laman blog MalaysiaToday. Pemiliknya, Raja Petra Kamarudin sentiasa mengatakan atau cuba memberi gambaran bahawa apa sahaja cakap-cakap berkaitan Melayu atau bangsa adalah bertentangan dengan Islam. Ini adalah satu fahaman yang dangkal dan menyeleweng. Islam tidak menolak secara mutlak tentang isu-isu, persoalan dan sentimen yang berkaitan bangsa. Islam adalah agama fitrah, dan persoalan kaum dan bangsa itu adalah sesuatu yang bersifat fitrah kepada manusia. Maka adalah salah bagi sesiapa yang mengatakan bahawa apa-apa sentimen dan perjuangan tentang bangsa dan kaum adalah bercanggah dengan Islam.

Islam datang meraikan fitrah manusiawi termasuk bangsa dan agama dengan cara memandu dan mengarah fitrah tersebut supaya berada di dalam kerangka yang tepat. Maka atas faktor inilah mengapa ABIM memilih gagasan ini sebagai tema muktamar kita. ABIM tetap dengan keyakinan bahawa ini adalah idealisme dan aspirasi yang diajar dan ditunjuk oleh agama serta membentuk sebahagian daripada warisan budaya kita sebagai umat Melayu. Inilah yang menjadi inti jati diri kita. Dengan longgarnya aspirasi perjuangan bangsa dan agama, maka kita sebenarnya akan kehilangan jati diri kita, sebagaimana disebutkan di dalam Quran.
“...Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah SWT, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri...”
( Al-Hashr:19 )

Jangan sampai akibat kita lupa pada Allah SWT dan agamaNya, akhirnya kita menjadi lupa pada diri sendiri. Allah SWT telah menyuruh agar kita memperjuangkan agama manakala Islam memberi ruang yang khusus dalam persoalan fitrah bangsa ini. Dalam konteks Malaysia, realitinya adalah umat melayu mempunyai perkaitan yang amat kuat dengan agama.

Persoalan bangsa dan agama di Malaysia tidak boleh dipisah-pisahkan kerana beberapa sebab. Antaranya realiti demografi masyarakat. Realitinya, majoriti penduduk di Malaysia ini adalah yang beragama Islam dan majoriti ini semakin bertambah. Di kalangan penganut Islam pula, majoritinya terdiri daripada umat Melayu dan bumiputera. Ini membuktikan bahawa soal bangsa itu adalah sesuatu yang terikat dengan agama. Lemahnya bangsa akan bererti lemahlah agama.


WR: Bagaimanakah ABIM akan berperanan dalam menghadapi serangan-serangan pemikiran yang cuba menjauhkan umat Islam di negara ini daripada jati dirinya?

THYM: Peranan ABIM yang utama adalah menjadi elemen yang sedar dalam masyarakat, the conscience of the Ummah. Dengan peranan ini, ABIM, bersama-sama dengan elemen–elemen yang selari dalam masyarakat harus berperanan mempertegas dan memperkasakan gagasan dan wawasan. Kita sedang berhadapan dengan sebuah gelanggang pertarungan fikrah. Fikrah yang diartikulasikan dengan lebih baik dan mampu meyakinkan, akan mengatasi yang lain dan akan lebih mencorak dan menentukan masa depan realiti politik, ekonomi dan masyarakat.

ABIM dengan peranan tradisinya yang tergambar menerusi slogan ‘menegakkan kebenaran dan keadilan’, atau sebagai ‘jurubicara umat’, memang berkewajipan untuk menghadapi serangan fikiran yang cuba menghakis jati diri keIslaman dan keMelayuan masyarakat kita pada hari ini. Untuk tujuan ini, ABIM akan mengambil beberapa strategi. Antaranya, kita akan terus memperjelaskan dan menyebarluaskan perspektif kita terhadap isu yang berkaitan. ABIM juga akan memainkan peranan untuk menggerakkan rangkaian-rangkaian seluas mungkin untuk bersama-sama mendokong idealisme kita. Di samping itu, ABIM juga akan mendekati dan mengemukakan pandangan-pandangan yang kita yakini lebih absah kepada semua pihak yang berpengaruh dalam masyarakat, termasuklah kepimpinan tertinggi negara hinggalah ke peringkat akar umbi. Kita akan menggerakkan proses ini dalam pelbagai bentuk, sama ada menerusi seminar, bahan terbitan, kempen-kempen kesedaran termasuklah kunjungan hormat kepada pemimpin-pemimpin masyarakat daripada pelbagai kaum.

Dalam konteks ini, saya ingin mempertegaskan bahawa ABIM bukanlah sebuah gerakan yang jumud dan hanya melihat ke dalam. Sebaliknya, kita tidak akan rasa takut dan kekok untuk berhadapan dan bertemu dengan kawan-kawan kita dari kalangan bukan Melayu dan Islam, baik daripada parti-parti politik dan NGO untuk menjelaskan mengapa kita mengambil sikap ini dan mengapa sikap ini lebih baik untuk negara ini dan semua pihak. Inilah antara strategi dan peranan yang akan kita mainkan.


WR: Bagaimanakah pula ABIM dapat melaksanakan agenda 3P di dalam realiti sosiopolitik dewasa ini, memandangkan rakyat lebih tertumpu kepada isu-isu seperti kenaikan harga minyak dan politik?

THYM: Sebenarnya pendekatan 3P, yang merujuk kepada pendekatan dan strategi ABIM dalam menyusun atur gerak kerjanya sebagai sebuah organisasi, seandainya difahami dengan setepatnya, adalah sangat terkait rapat dan mencakupi isu-isu yang hangat dibicarakan oleh masyarakat, seperti kenaikan harga minyak dan isu-isu politik.

Dalam agenda PENDIDIK misalnya, kita melihatnya dalam konsep yang luas. ABIM ingin menjana pendidikan agar dapat memperkasa insan dan individu dalam masyarakat sehingga akhirnya mereka mempunyai kekuatan untuk menghadapi apa jua isu. Masyarakat yang terdidik dengan baik pastinya tidak akan cepat hilang punca atau buntu dalam menghadapi apa jua persoalan, malah tidak mudah dilambung-lambung oleh badai pergolakan ekonomi dan politik.

Dari sudut PEMBELA, walaupun dengan pendekatan non-partisan, kita tidak akan hanya membiarkan soal-soal penting yang melingkari kehidupan umat dan masyarakat kepada ahli-ahli politik sahaja. Seperti kata orang, ‘politics is too big to be left only to the politicians’, hal-hal politik dan ekonomi adalah persoalan-persoalan yang besar, penting, terlalu mustahak untuk diserahkan semata-mata kepada ahli politik. ABIM akan bersuara dalam mengemukakan pandangan berhubung isu-isu ini , namun dipandu semangat ‘ Al-Dinu al-Nasihah’, bukan untuk mencari populariti, atau membangkang semata-mata kerana sentimen, atau just for the sake of opposing. Semangat kita adalah nasihat dan tentunya nasihat boleh disampaikan menerusi pelbagai cara. Seandainya disampaikan dengan cara yang lunak yang ternyata lebih berkesan, maka itulah yang lebih baik. Pendekatan ini sejajar dengan akhlak Islamiy yang melarang kita meninggikan suara dalam keadaan yang tidak perlu. Namun, dalam keadaan-keadaan tertentu , seandainya hanya suara yang tinggi sahaja berkesan,maka itulah pendekatan yang kita akan ambil, insyaAllah.

Dalam konteks PRIHATIN, pendekatan ini menjadikan kita sebagai sebuah gerakan yang turut menyantuni masyarakat secara lansung dan membolehkan ABIM menangani soal kebajikan mereka dari dekat.

WR: Apa pandangan saudara terhadap cadangan agar pemimpin-pemimpin dari parti politik Melayu, iaitu PAS dan UMNO untuk bermuzakarah?

THYM: ABIM telah menyatakan pendirian kita dalam isu ini menerusi kenyataan rasmi kita. Kita berpandangan bahawa pemimpin-pemimpin politik Melayu perlu mempunyai saluran dan budaya komunikasi yang sihat dan progresif. Kita menerima hakikat bahawa dalam persaingan politik, sudah tentu akan ada kritik-mengkritik antara parti-parti politik. Ini adalah sesuatu yang lumrah dalam amalan politik kepartaian demokrasi moden. Tetapi pada masa yang sama ingin kita menyatakan bahawa semua itu ada masa, musim dan ketikanya.

Adalah sesuatu yang sihat, progresif dan konstruktif, jika ada ketikanya, pemimpin-pemimpin politik Melayu tanpa mengira parti, dapat duduk bersama atas niat berbincang, bertukar pandangan, saling menasihati dan tegur-menegur dalam hal ehwal berkaitan agama dan bangsa. Selain daripada amalan menyerang dan mengkritik dari jauh, perlu ada ruang, masa dan kesempatan mereka duduk bersama bertukar-tukar pandangan secara berdepan, dan tidak semestinya dalam suluhan media. Malah ada baiknya sekiranya sesekala ianya bebas daripada suluhan pandangan umum. Mungkin ini boleh membantu mereka dapat bermuzakarah dan berbincang secara lebih bebas, tidak bersifat berdebat dan tidak dipengaruhi keinginan meraih undi atau ketakutan hilang undi. Muzakarah sebegini mungkin tidak dapat berlangsung dengan baik terlalu terdedah kepada umum. Muzakarah ini sekiranya dilihat dalam semangat ini adalah sangat positif dan wajar. Kita juga menegaskan bahawa muzakarah sebegini tidak semestinya didorong dan terikat dengan agenda penyatuan atau penggabungan.

WR: Apakah amanat saudara buat sekelian warga ABIM?

THYM: Saya ingin menyeru diri saya dan seluruh warga ABIM sempena dengan Muktamar Sanawi kali ini untuk bersama-sama menyiapkan diri kita dengan segala kekuatan, persiapan dan bekalan untuk terus mendokong dan memperkasa aspirasi perjuangan ini. Umat dan bangsa sentiasa mengharapkan ABIM yang dapat berperanan dengan segar, efektif dan berkesan. Kita harus melihat ini sebagai sebuah seruan yang suci, a higher call, , satu tugas yang mulia dan ruang untuk membuktikan diri kita kepada Allah Subhanahu wata’ala, sebagai hambaNya yang patuh dan setia, yang tahu harga dirinya , dengan bersedia memikul risalah dan amanah yang ditugaskan. Inilah lambang istiqamah dan kesetiaan kita terhadap apa yang sudah kita bina dan gerakkan selama ini. Inilah perjuangan kita dan sepatutnyalah kita terus setia dengan perjuangan ini dalam keadaan terdapat usaha-usaha untuk merubah dan mencabar aspirasi-aspirasi asas perjuangan ini. Muktamar Sanawi pada tahun ini, dengan tema yang kita pilih, sangat tepat dengan situasi dan keadaannya.Ini adalah satu ruang keemasan untuk kita gunakan sebagai platform untuk bermuhasabah, memugar idelisme, merapatkan saf, memperkukuh rangkaian dalam memastikan kejayaan misi da’wah di negara kita dan umat sejagat, dengan izin dan tawfiq Ilahi.

Melahirkan Ulama Berilmu dan Berwibawa Dalam Pembangunan Negara Masa Kini

Perkataan ulamak mempunyai erti yang amat besar bersama besarnya fungsi dan peranan yang dimainkan oleh mereka. Pada hari ini, perkataan ini menjadi suatu pemakaian yang murah dan mudah digunakan. Ramai yang jauh dari mencapai tahap minimun piawaian dari segi keilmuan mahupun sahsiah dinobatkan sebagai ulamak sedang keilmuan masih cetek. Apakah sekadar bercakap ana dan anta atau memasuki pertubuhan bernama ulama atau sekadar dapat memberi ceramah yang berbentuk retorika dapat digelar sebagi ulamak. Sedangkan mereka belum lagi menekuni ilmu-ilmu Islam secara mendalam.

Muhammad al-Ghazali mengkritik keras terhadap golongan yang mengakui diri mereka sebagai ulama sedangkan mereka baru sahaja belajar Islam semalam dan pada hari ini ingin mengeluarkan fatwa. Akibatnya masyarakat akan menjadi keliru. Mereka menganggap dirinya menjadi jaguh kepada perjuangan Islam tetapi perbuatan tersebut bukan melambang kesuciaan agama Islam sebenarnya.Malah kenyataan-kenyataan mereka menyebabkan Islam dipandang serong.


Oleh itu, pentakrifan ulama membawa pengertian keilmuan dan orang yang berilmu dalam pelbagai demensi yang lebih bersifat universal. Muhammad Kamil Abd Majid dari Universiti Malaya menyebutkan bahawa ulama tidaklah semestinya khusus kepada ilmuan bidang agama semata-mata seperti banyak orang memahaminya sekarang, tetapi lebih umum meliputi sesiapa sahaja yang mempunyai kualiti ilmu pengetahuan, pembelajaran dan sains dengan penguasaan yang lebih mendalam terhadap bidang-bidang ilmu dan jujur dalam mencari kebenaran. Ertinya juga ulama adalah pemilik kaedah integrasi iman kepada Allah, ilmu yang bermanfaat, amal yang soleh dan akhlak yang mulia, yang kesemuanya didasarkan kepada tauhid di dalam mempelajari, mencari, mengajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Takrif ini akan lebih sesuai bagi ulama dalam menyahut cabaran abad 21. Istilah ulama tidak seharusnya disempitkan kepada mereka yang hanya tahu akan hukum keagamaan semata-mata. Kenyataan ini disokong oleh ayat al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud : “ Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlain-lain jenis dan warnanya. Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalngan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.” (Faatir, ayat 28)

Ayat ini menjelaskan sifat orang yang berilmu ialah rasa takut dan takwa kepada Allah yang merupakan sifat utama golongan ini. Pendahuluan ayat ini menjelaskan fenomena-fenomena hujan dan langit, buah-buhan dan bumi, gunung-ganang dan lurah yang berbagai-bagai warna. Demikianlah pula makhluk manusia, alam haiwan sama ada melata atau yang diternak. Fenomena tersebut dapat difahami oleh orang yang berilmu dalam pelbagai disiplin ilmu dan bukan sekadar dalam lingkungan para ulama yang menguasai ilmu-ilmu agama. Oleh itu, Sayyid Qutb berpandangan bahawa ulama adalah mereka yang memerhati alam yang aneh dan membawa mengenal Allah sebagai makrifat yang hakiki. Mereka mengenal akan kesan-kesan penciptaan Tuhan, takut akan kesan kekuasaan Allah. Malah merasai hakikat keagungan dengan melihat hakikat penciptaan. Di situ timbul rasa takut dan takwa malah mengabdikan sepenuhnya kepada Allah.

Saidina Ali menjelaskan sifat orang yang berilmu atau orang yang sebenarnya alim dengan katanya : “ orang yang tidak putus asa dan tidak menjadikan orang lain putus asa dari rahmat allah. Tidak memberi peluang untuk maksiat dilakukan. Tidak cuai dari mengingatkan manusia kepada azab Allah. Mengajak manusia mengasihi dan melaksanakan perintah al-Quran. Menjelaskan kepada orang bahawa beramal tanpa ilmu tidak ada kebaikan.”

Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumiddin menjelaskan sifat-sifat terpenting para ulama iaitu bahawa para ulama sebenarnya tidak mencari dunia dengan ilmu agamanya, perbuatannya sepakat dengan percakapannya, bertekun menjayakan ilmu yang mendatangkan faedah serta mengelakkan diri persoalan-persoalan yang sia-sia iaitu terlibat dalam banyak perkara khilaf dan berdebat didalamnya. Imam al-Ghazali mengibaratkan orang yang membelakangi ilmu-ilmu amaliah dan gemar kepada ilmu yang banyak khilaf didalamnya seperti seorang yang sakit teruk kerana berbagai jenis penyakitnya pula tetapi bila ditemuinya doktor maka ia sibuk dengan persoalan-persoalan berkenaan ubat-ubat dan khasiat-khasiat ubat yang pelik-pelik tanpa berusaha untuk mengubatkan penyakit dirinya. Orang berilmu juga sederhana dalam hidupnya, tidak cepat mengeluarkan hukum bahkan selalu menahan diri seboleh-bolehnya. Ibn Mas’ud menyebutkan bahawa orang yang berfatwa tentang segala-galanya yang ditanya adalah orang gila. Ulama yang unggul juga hati dan hidup mereka dipenuhi dengan suasana takwa dan takut kepada Allah. Bila dilihat wajah mereka manusia teringat kepada Allah. Kehebatan lahirnya mencerminkan kehebatan hatinya yang sentiasa diselubungi dengan rasa takwa kepada Allah. Sebab itu pada ulama yang utama didapati sifat-sifat ketenangan, merendah diri dan tidak bongkak takbur. Cakap kosong, senda gurau berlebihan, ketawa berdekah-dekah serta gerak geri yang keji atau hina atau kesombongan dan kelalaian tidak didapati pada diri ulama yang utama. Pernyataan-pernyataan di atas menunjukkan bahawa orang yang memiliki sifat-sifat demikian adalah ulama yang sejati dan berwibawa. Ada dua cirri utama kejiwaan yang mutlak dimiliki seseorang yang menjadi pewaris nabi, pertama rasa takutnya yang hanya kepada Allah melebihi rasa takut yang dimiliki kaumnya. Kedua, keluhuran akhlak ulama kepada makhluk Allah melebihi siapapun di antara kaumnya. Bagi ulama setiap itu disetai dengan perasaan takut kepada Allah. Rasa takut ini membuatkan ketaatan para ulama, kecintaannya dan kegigihannya dalam menjalankan perintah Allah memperjuangkan agamaNya melebihi orang lain.

Tugas utama para nabi adalah menyempurnakan akhlak. Bagaimana seorang ulama boleh menjalankan tugas ini jika mereka sendiri tidak sempurna akhlaknya. Di sini persoalan moral dan akhlak menjadi suatu yang utama. Bagi seorang ulama, penguasaan ilmu dan akhlak tidak boleh dipisahkan. Adalah menjadi musibah besar jika umat Islam mengangkat seseorang sebagai ulama sedangkan moral dan akhlaknya masih dipersoalkan. Kriteria utama para ulama adalah moralnya kerana kedudukannya sebagai suluh dan obor umat. Bangsa Yahudi dan Nasrani menolak kenabian Muhammad s.a.w. bukan kerana kebodohan mereka tetapi kerana kejahatan para ahli kitab yang menyembunyikan kebenaran untuk memperolehi sedikit kesenangan dunia.

Imam Malik pernah ditanya tentang seorang alim atau ulama. Ia menjawab : “ seorang yang alim tidak dikatakan alim sampai ia dapat mengamalkan secara khusus untuk dirinya suatu amalan yang diwajibkan kepada manusia dan ia tidak memberi fatwa kepada orang lain tentang amalannya itu yang sekiranya ditinggalkan tidak berdosa.”

Sesetengah dari kita mengagungkan ulama silam sehingga lupa peranan yang perlu dilakukan olehnya terhadap generasi kini. Ulama silam telah menunaikan amanah ilmu dengan baik sekali untuk zaman mereka. Pada zaman kini kita memerlukan ilmuwan yang dapat memenuhi tuntutan umat semasa. Terdapat ulama yang menyibukkan dalam isu-isu yang remeh dan lupa isu utama yang perlu diberi perhatian. Akibatnya umat Islam dalam keadaan lemah dan mundur. Mereka hanya cukup berpuas hati dengan apa yang ada dan tidak melibatkan diri dengan giat bagi merangka masa depan ummah yang lebih cemerlang. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam dunia Islam sekarang terutama pasca 11 September memerlukan peranan ilmuwan Islam yang padu dan bertindak secara rasional dan berhati-hati. Ulama perlu peka terhadap Islam sebagai satu tamadun sejagat yang mementingkan soal keadilan, perikemanusiaan dan keinsanan sebagai nilai-nilai utama tamadun Islam. Ulama juga perlu menyegarkan tentang pentingnya ilmu, kepimpinan dan penguasaan bidang sains dan teknologi. Di samping itu, para ulama perlu melihat isu-isu kini dengan pandangan yang lebih luas.

Salah faham terhadap beberapa isu seperti poligami dan kedudukan wanita adalah disebabkan pandangan-pandangan oleh ulama tradisi yang sempit dan sikap liberal golongan wanita yang ingin memperjuangkan haknya. Sedangkan Islam tidak bertanggungjawab terhadap tafsiran-tafsiran yang disalahertikan oleh mereka.Oleh itu, perlunya peranan golongan ketiga atau institusi ulama berwibawa yang dapat menjalin kedua-dua pihak untuk berdialog dan bersemuka demi keutuhan ummah. Sikap keangkuhan tidak mahu berdialog bukan sifat mukmin sejati apatah lagi dari kalangan para ulama dan sarjana Islam. Sejarah telah membuktikan ulama juga pernah dikritik. Al-Maududi menerima dengan hati terbuka kritikan yang dilakukan oleh Abu Hassan al-Nadwi terhadap beberapa penulisannya.Beliau tidak pun melahirkan rasa tidak senang dengan kritikan ini seperti dirasai pengikutnya. Ini bereti ulama boleh dikritik. Setengah umat Islam beranggapan mengkritik ulama adalah sama dengan mengkritik Islam. Perkara itu tidak benar. Demikian juga suatu kesalahan besar yang dilakukan oleh aliran pendidikan Barat yang apabila mengkritik ulama, mereka hilang panduan sehingga mengkritik Islam secara langsung. Oleh itu, setiap orang perlu memahami Islam dari sumber berautoriti supaya kefahamannya tidak terpesong. Hassan al-banna menegaskan pandangan seseorang boleh diterima dan ditolak kecuali kata-kata Rasulullah s.a.w.

Ulama masa kini perlu melbatkan diri dalam pembangunan masyarakat dan negara dan ia seharusnya lebih hebat daripada generasi ulama terdahulu kerana keadaan sekarang leih mencabar dan keperluan umat terhadap penyelesaian secar Islam amat mendesak. Oleh itu, mereka perlu melibatkan diri secara lansung dengan masyarakat untuk membangun pemikiran, kerohanian dan pembangunan fizikal.

Menurut Dr. Abdul Halim El-Muhammady, para ulama masa kini perlu melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan seperti berikut :

1) Menyambung tradisi ilmu yang diasaskan oleh ulama tradisional melalui pengajaran dan penulisan, agar kesinambungan ilmu berterusan berlaku, terutamanya ilmu-ilmu asas keislamanan. Kesinambungan ilmu di segi penulisan telah terputus sejak seratus tahun yang lalu selepas meninggalnya ulama-ulama besar seperti al-raniri, Daud al-fatani, Abdul samad al-Falambani dan lain-lain. Penulisan ilmu yang dimaksudkan di sini ialah penulisan yang lengkap dan bercorak ilmiah dalam bidang-bidang tertentu.

2) Mereka perlu kepada perubahan dalam pengolahan ilmu dan pendekatannya, agar mudah difahami oleh generasi masa kini yang telah terbentuk pemikiran mereka dari disiplin ilmu yang berbagai dan suasana masyarakat yang berbeza. Teerutamanya ilmu-ilmu asas keislaman seperti pengajian al-quran, Sunnah, Fiqh dan sebagainya.

3) Mereka perlu memahami dan mengolah ilmu-ilmu yang ada kaitannya dengan perkembangan masyarakat kini seperti bidang undang-undang, ekonomi, kemasyarakatan, sains dan lain-lain, agar ilmu-ilmu ini dapat dimanfaatkan dan berkembang dalam masyarakat mengikut perspektif Islam dan mampu untuk memberi penyelesaian kepada permasalahan kehidupan masayakat Islam masa kini.

4) Ulama perlu terlibat secara langsung dalam pembangunan masyarakat di segi keilmuan dan kegiatan-kegiatan pembangunan lainnya di seluruh peringkat masyarakat dan sepatutnya mereka menjadi penggerak dan yang memberi sumbangan kepada inspirasi pembangunan masyarakat.

5) Mereka seharusnya melibatkan diri dalam memberi bimbangan kerohanian yang jelas untuk membina kekuatan kejiwaan kepada masyarakat, agar mereka tidak terpesung daripada pengaruh-pengaruh ajaran kebatinan dan ajaran-ajaran kerohanian yang boleh menyesatkan.

6) Mereka perlu melibatkan diri dalam memberi kesedaran kepada masyarakat dalam seluruh perinmgkat, melalui saluran yang rasmi dan yang bukan rasmi berasaskan ilmu dan penyelesaian pratikal untuk masyarakat.

7) Mereka perlu berusaha memupuk kemesraan hidup di kalangan masyarakat berasaskan Islam dan menghidupkan kembali tradisi perhubungan masyarakat yang telah diasaskan oleh ulama tradisional berdasarkan konsep ukhuwwah,kejiranan dan konsep jamaah supaya konsep-konsep ini dapat meredakan sentimen kelompok yang sedang berkembang dalam masyarakat.

8) Mereka hendaklah menjadi jambatan untuk perhubungan seluruh kelompok masyarakat untuk menjadi tempat rujukan dan contoh penghayatan pemikiran dan nilai-nilai yang positif untuk pembangunan dan kesatuan masyarakat, sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. para sahabat dan ulama yang silam.

9) Mereka perlu melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan organisasi dakwah di samping kegiatan-kegiatan rasmi lainnya, agar dapat dipupuk semangat kerja secara kelompok dan berorganisasi untuk memberi kekuatan kepada kerja-kerja untuk peningkatan dakwah Islam.

10) Menubuhkan institusi-institusi pendidikan yang bergiat untuk memupuk pendidikan Islam dan keilmuan Islam secara mendalam yang mencakup bidang-bidang ilmu asas keislaman, ilmu pelengkap dan ilmu-ilmu semasa yang lain untuk keperluan pembangunan umat.

Untuk membolehkan para ulama memainkan peranan besar dalam yang berkeasn dalam pembangunan negara, mereka haruslah mempunyai kualiti-kualiti seperti berikut :

a. pengetahuan yang mendalam bukan sahaja dalam bidang-bidang yang berkaiatan denagn ilmu-ilmu agama seperti fiqh, usul fiqh, tafsir, hadis dan pandangan-pandangan pelbagai mazhab yang muktabar tetapi juga memahami serta menguasai pelbagai cabang ilmu yang lain seperti sains kemasyarakatan, ilmu ekonomi dan lain-lain.

b. Memahami cirri-ciri peradaban Barat terutama dari segi ideologi dan system ekonomi sama ada kapitalisme, sosialisme, komunisme, dan globalisasi. Para ulama juga perlu memahami perbandingan agama (muqarah al-adyan) supaya ia dapat menjelaskan lagi keindahan agama Islam.

c. Memahami secara mendalam tradisi dan pemikiran tamadun besar dunia terutama tamadun cina dan India. Ini adalah perlu bukan sahaja kerana banyak yang boleh kita pelajari daripada tradisi dan ahli fikir dari kedua-dua tamadun yang besar ini tetapi juga kerana dengan ini kita akan dapat mengetahui warisan peradaban kaum-kaum yang terbesar di negara ini.

d. Mempunyai kebijaksanaan atau hikmah yang tinggi dalam mengutarakan pandangan terhadap perubahan yang hendak dibawa supaya pandangan-pandangan ini dapat dirterima bukan sahaj oleh orang Islam tetapi juga orang-orang bukan Islam.

Oleh itu, ulama merupakan satu golongan terpenting dalam sejarah pembangunan masyarakat manusia sama ada dari segi kerohanian atau pun kebendaan. Mereka adalah penggerak kepada kesedaran umat dan pengisi kepada pembangunan pemikiran dan budaya. Kesejahteraan dan kemakmuran masyarakat Islam akan terjamin dan terserlah apabila wujud persefahaman antara ulama dan penguasa dalam membangunkan umat. Pertembungan antara kedua-dua pihak akan mengakibatkan kekacauan yang besar dalam masyarakat. Oleh itu, perkara ini sedaya upaya harus dielakkan. Adalah diharapkan kerjasama antara ulama dan penguasa dapat mempercepatkan lagi proses pembangunan masyarakat manusia terutama dari segi akhlak dan kerohanian.

Mengenali ulama sebenar di Malaysia

Utusan Malaysia, 03/02/2003, Ruangan Bicara Agama

SECARA umum takrif ulama di kalangan umat Islam di Malaysia ialah orang yang ahli dalam pengetahuan agama. Maka atas takrif yang begitu umum, masyarakat dengan secara mudah menempelkan label ulama kepada kalangan yang pada kaca mata mereka adalah ahli dalam pengetahuan agama.

Malah ada persatuan yang dianggotai oleh orang-orang yang mengiktiraf diri mereka ulama. Maka pernah suatu ketika dulu dipersoalkan apakah kriteria untuk melayakkan diri menjadi ahli pertubuhan tersebut? Kita tahu kriteria untuk menjadi doktor atau peguam adalah lebih jelas kerana ada sistem dan institusi penauliahan.

Sebaliknya kita di Malaysia dengan mudah menggelar seseorang ulama semata-mata kerana mereka memiliki ijazah dalam pengajian agama dan pandai bercakap. Kelulusan daripada universiti tertentu turut memudahkan lagi mereka digelar ulama.

Sebilangan masyarakat pula meletakkan syarat bahawa ulama mestilah berpakaian tertentu - misalnya serban, jubah dan janggut.

Bagi Mualim, untuk menggelarkan seseorang itu ulama bukanlah perkara mudah. Lebih mudah untuk mengenali peguam, doktor atau jurutera daripada mengenali ulama.

Seseorang sepatutnya layak digelar ulama di atas penerimaan seluruh atau majoriti masyarakat Islam sesuatu negara, rantau atau dunia Islam. Misalnya Allahyarham Hamka. Pada hemat Mualim tidak ada sesiapa pun di rantau Islam Nusantara (Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand) yang boleh menafikan beliau seorang ulama.

Apakah kriteria sebenar seorang ulama? Bagi Mualim seseorang itu mestilah menampilkan kekuatan ilmu yang bukan sekadar bersandarkan kitab-kitab yang pernah dibacanya (termasuk Quran dan hadis), tetapi dia juga mestilah memperoleh taufik-hidayat yang merupakan kurnia istimewa dari Allah.

Jika sekadar bersandarkan ilmu yang dipelajari dari kitab, maka Mualim lebih cenderung untuk menggelar seseorang yang berilmu itu sebagai `ahli kitab.' Tiada bezanya mereka dengan ahli-ahli kitab yang disebut dalam Quran sebagai merujuk kepada pendita-pendita Yahudi dan Nasrani di zaman Rasulullah s.a.w.

Seseorang ulama yang tulen sebenarnya dipilih oleh Allah untuk `mewarisi nabi.' Dia juga mewarisi al-Quran dengan ilmu yang bersandarkan taufik-hidayat yang dikurniakan kepadanya oleh Yang Maha Mengetahui Lagi Bijaksana. Bertuah kita jika berguru dengan mereka ini.

Jika kita melihat Hamka sebagai ulama, kita dapati bukan sahaja ceramahnya yang memukau kita, malah hasil tulisannya juga menjadi karya agung, sama ada tafsir al-Qurannya, novel, buku agama yang meliputi ilmu tasauf dan fikh serta falsafah.

Hamka juga boleh diterima oleh sesiapa sahaja kerana beliau tidak mengaitkan dirinya dengan mana-mana golongan sehingga boleh menyebabkan beliau dicurigai oleh mana-mana pihak yang bermusuhan.

Beliau mempamerkan akhlak yang tidak boleh dipertikaikan dari apa jua sudut, sama ada percakapan, tulisan dan perbuatannya. Pada dirinya kita akan mendapati tiada percanggahan dengan firman Allah:

``Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Lagi Maha Pengampun.'' - 35 (Faathir): 28

Di Malaysia sekarang, kita boleh melihat dan mendengar dengan jelas betapa orang-orang yang dilabel ulama melakukan perkara yang terang-terang bertentangan dengan sifat-sifat orang yang takut kepada Allah, sama ada dari segi tutur kata atau perbuatan.

Mualim percaya mereka ini tidak mendapat taufik dan hidayat daripada Allah. Mereka ini dianggap ulama setelah menonjolkan diri sebagai ulama hanya dengan berdasarkan ilmu daripada kitab.

Jika kita meneliti diri mereka, akan terserlah sifat riak dan takbur kerana mereka merasakan diri mereka lebih berilmu daripada orang lain. Apakah orang yang takutkan Allah bersifat riak dan takbur?

Mereka ini tidak faham bahawa Allah mengajar Nabi Muhammad yang buta huruf bukan dengan cara atau kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli kitab. Jika Allah hendak memilih pewaris nabi, sudah tentulah bukan orang yang riak dan takbur. Allah boleh memberikan kepada sesiapa sahaja kerana Dia Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.

BAHAYA:DAKWAH SYIAH MENYELINAP DALAM DIARI ISLAM 2009

‘SUNGGUH LICIK DAN TELITI’

Oleh: Yussamir Yusof
23 Januari 2009 - 12.47 malam, Negeri Sembilan

Saya sudah lama bercadang untuk membeli diari sebagai alat bantu ‘pengingat’ atau alat bantu ‘pencatat’ semua aktiviti saya, selain PDA yang saya ada sekarang ini. Pada mulanya saya mencari diari yang sesuai di MPH Alamanda. Tetapi disebabkan harga diari-diari di situ agak mahal, saya melupakan hasrat itu sementara mencari di tempat lain.

Alhamdulilah, semasa pulang ke Seremban, saya sempat singgah di kedai buku Popular untuk membeli sebuah diari dan sebuah buku. Diari Islam memikat hati saya untuk membelinya, dan sebuah buku kewangan dari Ustaz Zaharuddin saya miliki. Berbaloi membeli sesuatu yang dapat mendatangkan manfaat kepada diri kita, lebih-lebih lagi ilmu yang diperolehi boleh dikongsi bersama.

Di rumah, semasa saya sedang menulis dan membelek-belek diari yang baru dibeli, saya agak terkejut apabila membaca di halaman yang menceritakan tentang Al-Fatihah sebagai Umul Kitab. Bukan terkejut tentang al-fatihah sebagai umul kitab, tetapi terkejut dalam penerangan-penerangan disitu terdapat unsur Syiah yang cuba diserapkan. Sangat jelas, penyebaran Akidah Syiah Imam Dua Belas ditulis dan dicoretkan di dalam diari itu secara senyap dan licik.

DUA BELAS IMAM

Sesiapa yang memiliki diari Islam tersebut, cuba lihat di bahagian nama-nama Imam sebanyak 12 yang ditulis di situ. Bermula dengan Imam Ali bin Abi Thalib sehingga Imam Abu Qasim Muhammad bin al-Hassan yang dikenali sebagai Imam Mahdi di kalangan Syiah.

1 ‘Ali bin Abi Talib r.a. (23 sebelum Hijrah-40H). Mereka memangilnya sebagai ‘al-Murtada.
2 Al-Hasan bin ‘Ali r.ahuma. (2H-50H). Mereka menggelarnya al-Mujtaba.
3 Al-Husain bin ‘Ali r.ahuma (3H-61H). Mereka menggelarnya al-Syahid atau juga Sayyid al-Syuhada (penghulu para syuhada.
4 ‘Ali Zain al-‘Abidin bin al-Husain (38H-95H). Dipanggil al-Sajjad.
5 Muhammad bin ‘Ali (57H-114H). Dipanggil al-Baqir.
6 Ja’far bin Muhammad (83H-148H). Dipanggil al-Sadiq..
7 Musa bin Ja’far (128H-183H). Dipanggil al-Kazim.
8 ‘Ali bin Musa (148H-203H). Dipanggil al-Rida.
9 Muhammad bin ‘Ali (195H-220H). Dipanggil al-Jawwad.
10 ‘Ali bin Muhammad (212H-254H). Dipanggil al-Hadi. .
11 Al-Hasan bin ‘Ali, (332H-360H). Dipanggil al-‘Askari..
12 Muhammad ibn al-Hasan48 (256H- ) Mereka menganggapnya sebagai alMahdi atau mereka mereka memanggil juga al-Mahdi al-Qaim bi al-Hujjah. Dia sebenarnya meninggal semasa kecil ketika berumur 5 tahun pada tahun 261H, namun mereka menganggap hilang bersembunyi dan akan muncul semula sebagai al-Mahdi yang dijanjikan.

Pasti ada menyoal saya kembali, apa guna dan apa faedahnya saya membongkar misi dakwah syiah yang terdapat dalam diari tersebut. Lagi-lagi, saya sendiri sudah menyatakan bahawa saya tidak lagi berminat sangat dalam hal-hal hukum untuk ditulis dalam blog ini. Tetapi atas kesedaran dan tanggungjawab saya untuk menjelaskan apa yang saya dapat lihat dan perasan dalam diari tersebut. Saya merasakan perkara ini harus diceritakan dan diberitahu
.
Apa yang dapat saya katakan kepada anda semua, bahawa dakwah Syiah adalah sesuatu yang serius, BERBAHAYA dan perlu dipandang berat oleh semua pihak. “Tapi bukan semua Syiah sesat.” Ya Memang benar, bukan semua Syiah sesat dan artikel ini juga bukan bermotifkan untuk menyesatkan sesiapa. Tetapi sebagai satu alat untuk memberi kesedaran dan memberi peringatan tetang betapa liciknya dakwah syiah dalam kehidupan seharian kita.

Sebelum saya bercerita panjang mengapa kita menolak Syiah Rafidah atau Imam Dua Belas, dan bagaimana kita mahu membendung perkara ini dari menyelinap dalam bahan bacaan kita. Saya mahu memberikan sedikit penjelasan ringkas, siapa itu Syiah dan Syiah kategori mana yang kita tolak.

Gelaran Syiah lazimnya ditujukan kepada setiap orang yang setia (wala’) kepada ‘Ali bin Abi Thalib dan Ahl al-Baitnya radhiallahu ‘anhum, sehingga ia menjadi nama gelaran yang khusus bagi mereka. (al-Fairuzabadi – al-Qamus al-Muhith, ms. 735, seperti yang dikemukakan oleh Hafiz Firdaus dalam bukunya ‘Jawapan Ahlu Sunnah kepada Syiah Rafidhah dalam persoalan Khalifah’)

Namun begitu, Syiah yang benar-benar kita (Ahlu Sunnah Wal Jamaah) tolak ialah Syiah Rafidah. Iaitu golongan yang menolak kekhalifahan dan keutamaan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman. Mereka juga menolak para imam daripada keturunan Ahl al-Bait Rasulullah kerana mereka (para imam daripada keturunan Ahlu Bait) juga mengiktiraf kekhalifahan Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman serta mengutamakan mereka bertiga di atas ‘Ali bin Abi Thalib.


MENGAPA KITA MENOLAK SYIAH RAFIDHAH DAN IMAM DUA BELAS

Mengapa kita menolak Syiaf Rafidhah? Jawapannya, kerana Saidina Ali sendiri menolak mereka dan Nabi Muhammad juga telah mengingatkan kita tentang golongan ini. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam Ahmad dari Saidina Ali bin Abi Thalib, “Akan muncul di umatku di akhir zaman nanti satu kaum yang bernama Rafidhah, mereka menolak Islam.”

Bukan itu sahaja, mereka sendiri telah mengaku bahawa mereka menolak untuk beriman kepada Allah dan Rasul. Sepertimana yang dikatakan sendiri oleh ulama mereka iaitu, Nikmatullahi al-Jazairi dalam bukunya al-Anwar Nukmaniyah, “Sesungguhnya kami tidak akan pernah sepakat dengan mereka (Ahlu Sunnah Wal Jamaah) tentang Allah, Nabi dan Imam. Disebabkan mereka mengatakan: “Tuhan kami adalah yang Nabinya Muhammad dan khalifah setelahnya Abu Bakar, dan kami Rafidhah tidak beriman pada tuhan itu dan Nabi yang tadi, kerana Rabb yang Nabinya Muhammad dan Khalifah setelahnya adalah Abu Bakar bukanlah tuhan kami.” (Dr Abdul Rahim Ballouchiy)

Jadi apa kaitan Syiah Rafidhah dengan Syiah Imam Dua Belas yang didakwahkan dalam diari Islam ini? Kaitannya ialah, kedua-dua jenis Syiah ini adalah sama, namun yang membezakannya hanyalah manhaj(jalan/metod) mereka. Syiah Rafidhah ialah nama yang berkaitan dengan manhaj terhadap para sahabat r.a, manakala Syiah Imam Dua Belas berkaitan dengan manhaj Politik (Hafiz Firdaus sepertimana yang beliau petik dari kajian Maulana Asri Muhammad Yusuf)

Berbalik kepada 12 nama yang disenaraikan dalam diari tersebut sebagai imam, dan juga membawakan hadith staqalain bagi menguatkan hujah mereka dalam diari ini. Hadith ini dapat dilihat didalam diari tersebut di bahagian atas tajuk ‘Penguasa yang menguasai hari Pembalasan’. Saya tidak menafikan bahawa hadith tersebut sahih dan benar. Tetapi penjelasan yang dibuat oleh penyunting diari ini, sangat jelas mempunyai agenda Syiah. Hadith yang dinyatakan itu ialah,

"Ketahuilah wahai manusia, sesungguhnya aku hanyalah manusia. Aku merasakan bahawa utusan Tuhan-Ku (Malaikat Maut) akan datang dan aku akan memenuhinya. Aku tinggalkan kepada kalian al-Tsaqalain (dua perkara yang penting): Yang pertama adalah Kitab Allah (al-Qur’an), di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya. Maka berpegang teguhlah dengan Kitab Allah. (Perawi – Zaid bin Arqam – menjelaskan bahawa Rasulullah menekankan kepada berpegang dengan Kitab Allah. Kemudian Rasulullah menyambung): (Yang kedua ialah) Dan Ahl al-Baitku, aku peringatkan kalian kepada Allah tentang Ahl al-Baitku. Aku peringatkan kalian kepada Allah tentang Ahl al-Baitku. Aku peringatkan kalian kepada Allah tentang Ahl al-Baitku." --- Sila rujuk penjelasan yang telah dibuat oleh saudara Hafiz Firdaus berkenaan dengan hadith ini di http://abuhaekal.wordpress.com/2007/08/15/hadits-hadits-rasulullah-yang-dijadikan-hujjah-oleh-syiah-hadits-al-tsaqalain/

Ahlu Sunnah Wal Jamaah tidak pernah menafikan kewujudan dua belas insan mulia tersebut. Tetapi yang membuatkan Ahlu Sunnah berhati-hati ialah, apabila mereka memaksumkan 12 (sepatutnya 11, saya akan terangkan kemudian) imam tersebut, dan membuat Dua Belas insan tersebut sebagai teori Ahlu Bait mereka. Ali bin Husain bin Ali iaitu cucu Saidina Ali serta keturunannya dengan tegas menolak pengiktirafan Imam oleh golongan Syiah. Ali bin Husain dan keturunannya beritikad bahawa sistem Khalifah bercirikan warisan, maksum, dan penentu syariat agama tidak pernah ditetapkan oleh Allah dan Rasul. Disamping itu, mereka menjelaskan bahawa Saidina Umar, Abu Bakar dan Uthman adalah Khalifah yang sah, dan mereka bertiga memiliki keutamaan dan kemuliaan melebihi semua orang manakala mereka, (Ali bin Husain dan keturunannya) hanyalah manusia biasa. (Hafiz Firdaus Jawapan Ahlu Sunnah kepada Syiah Rafidhah dalam persoalan Khalifah)


TEORI IMAM DUA BELAS

Benar-benar wujudkaH Imam Dua Belas ini? Jawapannya tidak wujud. Kerana teori Imam Dua Belas ini hanyalah dicipta oleh kelompok Syiah sendiri. Insan-insan yang yang diletak oleh golongan Syiah ini wujud dan mereka adalah insan yang mulia. Tetapi teori Imamiyah yang mereka cipta itu hanyalah imaginasi mereka sendiri. Perkara ini dinyatakan sendirI oleh mereka dalam satu ‘hadith’ (hadith ini tidak pernah ada dalam kitab-kitab hadith Ahlu Sunnah Wal Jamaah) yang diriwayatkan dari Al-Kulaini dalam Al-Kaafi (2/18) dari Zurarah dari Abu Ja’far, dia berkata: “Islam dibangun di atas lima perkara:… shalat, zakat, haji, shaum dan wilayah (imamah)…” Zurarah berkata: “Aku katakan, mana yang paling utama?” Dia berkata: “Yang paling utama adalah wilayah.” (Rujuk Badzlul Majhud, 1/174).

Mereka memasukkan Saidina Ali, Hassan dan Husin sebagai penguat kepada teori mereka. Sedangkan selepas kewafatan Hassan bin Ali menurut sumber mereka sendiri bahawa syiah itu sendiri telah berpecah kepada 14 hingga 20 kumpulan (Rujuk Kajian Moojan Momen dalam bukunya ‘An Introduction to Shi’i Islam: Sumber sekunder Hafiz Firdaus). Kalau benar sekalipun, keturunan Ali bin Husain telah terhenti sehingga kepada Hassan bin Ali bin Muhammad bin Ja’afar al-Askari. Ini disebabkan Al-askari tidak mempunyai anak.

Kerana terdesak untuk melengkapkan teori Imam Dua Belas. Golongan Syiah ini telah membuat satu teori tambahan dengan mewujudkan seorang lagi imam yang dikenali sebagai Imam Mahdi dengan meminjam iktikad Ahlu Sunnah Wal Jamaah terhadap Imam Mahdi untuk melengkap Dua Belas Imam. Selain itu, untuk menambahkan lagi keunikan teori ini, mereka mengatakan bahawa Imam Mahdi ini ghaib dan akan muncul satu hari nanti.

Teori Imam Dua Belas ini diperkuatkan lagi dengan memaksumkan kesemua mereka dari sebarang dosa dan mengetahui perkara-perkara ghaib, persis seperti Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini dapat dilihat melalui ungkapan Al-Khumaini (Khomeini), “Kami bangga bahawa para imam kami adalah para imam yang maksum, mulai Ali bin Abu Thalib hingga Penyelamat Umat manusia Al-Imam Al-Mahdi, sang penguasa zaman -baginya dan bagi nenek moyangnya beribu-ribu penghormatan dan salam- yang dengan kehendak Allah Yang Maha Kuasa, dia hidup (pada saat ini) seraya mengawasi perkara-perkara yang ada.” (Rujuk Al-Washiyyah Al-Ilahiyyah, hal. 5, dinukil dari Firaq Mu’ashirah, 1/192)

Dakwaan para Dua Belas Imam sama taraf dengan Nabi juga boleh dilihat dari ungkapan Muhammad Ridha al-Mudzaffar, “Kami (Syi‘ah) percaya bahawa al-Imamah, seperti kenabian, tidak dapat wujud kecuali dengan nas Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui lisan Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam atau lisan Imam rahimahullah yang diangkat dengan nas apabila dia akan menyampaikan dengan nas imam yang bertugas sesudahnya. Hukum (sifatnya) ketika itu sama dengan kenabian tanpa perbezaan. Oleh kerana itu manusia tidak memiliki wewenang menyangkut siapa yang ditetapkan Allah sebagai pemberi petunjuk dan pembimbing bagi seluruh manusia, sebagaimana mereka (manusia) tidak mempunyai hak untuk menetapkan, mencalonkan atau memilihnya. (Rujuk Al-Aqaid Imamiyah yang dikemukakan oleh Hafiz Firdaus dalam kertas kerjanya ‘Bahaya Syiah kepada Umat Islam’)


APA TINDAKAN KITA SELEPAS MENGETAHUI?

Kita sudah mengenali tentang teori Imam Dua Belas ini. Dan seharusnya kita jelas bahawa senarai Imam yang terdapat dalam diari tersebut dan penggunaan hadith staqalain dalam diari tersebut, adalah dakwah Syiah yang sangat halus dan licik menyelinap dalam kehidupan Ahlu Sunnah Wal Jamaah. “Jadi, adakah kita perlu membuang diari tersebut?” Tidak! Tidak perlu kita membuangnya, kerana diari tersebut jika tidak ada senarai imam tersebut dan beberapa penjelasan syiah yang tidak berasas, diari tersebut sangat berguna untuk kita gunakan.

Cukuplah kita memahami perkara ini, dan sebar-sebarkan kepada rakan-rakan kita yang telah membelinya agar tidak terpengaruh dengan dakyah Syiah ini. “Jangan kerana nyamuk, kelambu dibakarnya” saya rasa pepatah itu sesuai untuk diari ini. Kita abaikan penjelasan syiah tersebut, dan gunakan diari tersebut seperti biasa. Moga kita sentiasa berhati-hati dalam setiap bahan bacaan yang kita baca dan beli. Ingatlah bahawa Syiah adalah sesuatu yang bahaya bagi Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Bagi pihak berwajib pula, haruslah menggunakan kuasa yang ada untuk membenteras aktiviti ini. Seharusnya Fatwa yang dikeluarkan oleh Jakim bahawa Syiah ini sesat, dijadikan panduan dan ‘lampu hijau’ untuk melakukan tindakan terhadap penerbit diari ini. Moga Allah memberi jalan dan petunjuk kepada pihak yang bertanggungjawab.


PENAFIAN ULAMA TERHADAP SYIAH RAFIDHAH

Asy-Syaikh Dr. Ibrahim Ar-Ruhaili di dalam kitabnya Al-Intishar Lish Shahbi Wal Aal (hal. 100-153) menukilkan banyak perkataan para ulama tentang mereka. Antaranya ialah:
1. Al-Imam ‘Amir Asy-Sya’bi berkata: “Aku tidak pernah melihat kaum yang lebih dungu dari Syi’ah.” (As-Sunnah, 2/549, karya Abdullah bin Al-Imam Ahmad)

2. Al-Imam Sufyan Ats-Tsauri ketika ditanya tentang seorang yang mencela Abu Bakar dan Umar, beliau berkata: “Ia telah kafir kepada Allah.” Kemudian ditanya: “Apakah kita menyembahyangkan mereka (bila meninggal dunia)?” Beliau berkata: “Tidak, tiada kehormatan (baginya)….” (Siyar A’lamin Nubala, 7/253)

3. Al-Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Aku tidak melihat dia (orang yang mencela Abu Bakar, Umar, dan Aisyah) itu orang Islam.” (As-Sunnah, 1/493, karya Al-Khallal)

4. Al-Imam Al-Bukhari berkata: “Bagiku sama saja apakah aku solat di belakang Jahmi, dan Rafidhi atau di belakang Yahudi dan Nashara (yakni sama-sama tidak boleh). Mereka tidak boleh diberi salam, tidak dikunjungi ketika sakit, tidak dinikahkan, tidak dijadikan saksi, dan tidak dimakan sembelihan mereka.” (Khalqu Af’alil ‘Ibad, hal. 125)

5. Al-Imam Abu Zur’ah Ar-Razi berkata: “Jika engkau melihat orang yang mencela salah satu dari shahabat , maka ketahuilah bahwa dia seorang zindiq. Yang demikian itu karena Rasul bagi kita haq, dan Al Qur’an haq, dan sesungguhnya yang menyampaikan Al Qur’an dan As Sunnah adalah para sahabat . Sungguh mereka mencela para saksi kita (para shahabat) Rasulullah dengan tujuan untuk meniadakan Al Qur’an dan As Sunnah. Mereka (Rafidhah) lebih pantas untuk dicela dan mereka adalah zanadiqah.” (Al-Kifayah, hal. 49, karya Al-Khathib Al-Baghdadi)

P/S: Jika ada salah fakta dalam menulis perihal syiah sila betulkan. Harap maklum.
Hit CountersRank Noodle