Ipoh 20 J'Akhir 1425 @ 7 Ogos 2004 - "Apabila saya dilantik menjadi Mufti dahulu, saya dikehendaki menasihati atau menyatakan perkara yang benar (dalam hal keagamaan)".
Demikian tegas YBhg Dato' Seri Haji Harussani kepada Editor Karangkraf sewaktu ditemubual mengenai isu-isu semasa yang sedang berlaku dalam negara mutakhir ini.
"Bukan kerana saya berani, tetapi itulah tugas saya, kewajipan saya"
"Kita telah mengisytihar negara kita sebagai negara Islam. Kita juga telah menubuhkan jabatan agama dan sebagainya. Kita hanya nak menjaga kesucian agama yang menjadi agama rasmi negara ini"
Dalam merealisasikan konsep Islam Hadhari, kita tidak harus membiarkan umat Melayu hanyut dalam kelalaian. Membiarkan orang Melayu kembali menuju zaman jahiliyah.
"Saya tidak melawan arus .... " - YBhg Dato' Seri Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak
"Walau pun mendapat teguran dari pelbagai pihak, (mengenai teguran Karinival Sure Heboh) saya hanya mempertahankan apa yang benar)"
"Saya tidak menentang arus. Saya hanya menahan arus yang membawa kerosakan. Jika dikatakan menentang arus, saya bertujuan untuk mempertahankan umat Melayu dan akidah mereka" – JMNPk
Jumaat, 6 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan