Assalamu'alaikum w.r.t.
Saya merasa terpanggil untuk membuat satu laman blog untuk memaparkan pendapat saya sendiri dan juga dari artikel-artikel lain yang saya rasa baik dan perlu dipaparkan di sini untuk perkongsian maklumat dan pembacaan para hadirin yang singgah ke laman ini.
Amat perlu sekali dalam zaman teknologi dan ledakan siber ini untuk memberi persepsi dari seorang penyelidik, ahli kemasyarakatan, akademik, usahawan dan seorang pengembara agar dapat menjelaskan sesuatu perkara dari sudut yang lebih luas dan mendalam. Ini adalah kerana terlalu banyak maklumat yang diperolehi di Internet tidak dapat disahkan atau dibuktikan kesahihan mereka. Dan amat sedikit maklumat yang ditulis oleh seorang sarjana muslim dalam pelbagai perkara yang menyentuh aspek sains, teknologi, agama, sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan lain-lain.
Namun begitu, setiap manusia ada kelemahan masing-masing. Sekiranya ada fakta yang tidak betul, amat sayugialah sesiapa yang mempunyai pengetahuan yang betul untuk membetulkannya.
Sebagai seorang melayu islam, menjadi kewajipan untuk meneruskan dakwah islam menyampaikan ilmu islam ke seluruh dunia sebagai mewarisi khidmat kekasih kita Rasullulah s.a.w. "Ballighuu 'anni walau aayah".
Wallahu 'alam bissawab.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan